Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Gencatan Senjata Kemanusiaan Di...

RIYADH - Gencatan senjata dikuatkuasakan di Yaman bermula malam tadi selepas serangan udara...

Medan Selera Popular Diarah...

SINGAPURA - Sebuah pusat makanan popular di Kovan, yang salah satu penyewanya adalah...

Kes Buli: Polis Tahan...

IPOH: Polis menahan empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah,...

Wanita 42 Tahun Menyamar...

SEORANG wanita berusia 42 tahun, mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang iaitu dengan...

Azmin Ali Enggan Isi Jawatan Ketua Pembangkang Baharu?

PUTRAJAYA – Parti-parti pembangkang yang menggelarkan diri sebagai Pakatan Rakyat (meskipun belum diiktiraf sah oleh Pendaftar Pertubuhan), akan mengadakan mesyuarat khas dalam tempoh 24 jam ini bagi menentukan siapakah ketua pembangkang baharu.

Ini berikutan keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan pada Selasa yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, calon untuk jawatan itu akan diputuskan secara bersama oleh pimpinan tertinggi parti tersebut bersama dengan Pas dan DAP dalam mesyuarat khas yang sedang diatur.

BACA : Mesej Disebar Palsu, Tiada Solidariti Dari PAS Untuk Anwar

BACA : Hadi Awang Bagi Petunjuk Jangan Hadir Sokong Anwar Di Putrajaya

Imbas kembali, Azmin Ali berbincang sesuatu dengan Anwar Ibrahim yang dilihat agak berserabut ketika kemuncak krisis menteri besar Selangor ekoran keengganan Khalid Ibrahim meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Wan Azizah Wan Ismail pada 2014. – Gambar hiasan

Mohamed Azmin yang sudah dua penggal menjadi ahli parlimen kawasan Gombak di Selangor; turut menolak andaian bahawa beliau sudah diberi mandat oleh Anwar untuk menggantikan tempatnya sebagai ketua pembangkang baharu di Dewan Rakyat kelak.

“Tidak, Anwar hanya pesan supaya pimpinan dan anggota parti teruskan perjuangan… hal berkaitan jawatan ketua pembangkang akan dibincangkan dalam mesyuarat yang sedang diatur untuk diadakan dalam tempoh 24 jam daripada sekarang,” katanya.

Beliau ditemui media semasa keluar dari Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan di sini dan ditanya sama ada Anwar memberi mandat itu kepadanya berikutan ahli Parlimen Permatang Pauh itu dilihat berbisik sesuatu kepada Azmin selepas diputuskan bersalah.


Anwar, 67, gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitan kesalahan meliwat Mohd. Saiful pada 26 Jun 2008 sekali gus hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Tidak ramai penganalisis politik tanah air ‘berani’ mengaitkan keputusan Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan adalah sebagai balasan daripada Tuhan kerana isu pemecatan Khalid Ibrahim secara paksa sebagai menteri besar Selangor pada 2014. – Gambar hiasan

Menurut peraturan Dewan Rakyat, jawatan ketua pembangkang diisi oleh calon parti bukan pemerintah yang menerima undi terbanyak oleh ahli-ahli parlimen, namun setakat ini PKR cuma ada 30 kerusi, Pas pula 21 kerusi dan DAP paling banyak iaitu 38 kerusi.

Kedudukan kerusi sebenarnya sudah berubah dengan PKR kurang dua kerusi termasuk Anwar dan wakil Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR manakala DAP ‘hilang’ kerusi Teluk Intan setelah tewas kepada BN pada pilihan raya kecil lalu.

Mohamed Azmin pula baharu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor pada 23 September tahun lalu menggantikan Abdul Khalid. Sementara itu, beberapa pemimpin utama pembangkang yang ditemui di Istana Kehakiman enggan mengulas sebarang isu.

“Hari ini saya tak mahu komen apa-apa,” kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika berjalan keluar. Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta anaknya, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung parti itu pun turut berdiam diri.

Isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR dan ADUN Kajang, bersama anak-anaknya termasuk ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah, turut meninggalkan mahkamah tanpa bertemu pihak media. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori