Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PPIM – Ketatkan Kemasukan...

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru agar Kementerian Pendidikan (KPM) dan pengurusan institusi...

Perancang Keganasan Di Australia...

SYDNEY - Seorang daripada lelaki yang disyaki menjadi dalang serangan pengganas pada 2015,...

Bristol whos who registry...

The authors need to be great in doing research in some particular themes...

Ops Noda: 17 GRO...

KUALA LUMPUR – Seramai 17 GRO warga Vietnam ditahan sepasukan polis dari Kontinjen...

Baitulmaqdis Dilanda Ribut Salji Tebal

EKORAN cuaca sejuk melampau yang melanda di beberapa negara Timur Tengah seperti Israel, Jordan dan Lubnan telah mengakibatkan ribut salji setebal berpuluh-puluh sentimeter melitupi rantau berkenaan sejak awal pagi semalam.

Pada masa yang sama, para penduduk Baitulmaqdis digesa untuk tidak keluar dari rumah kerana jalan-jalan raya telah disekat atau dilitupi salji.

Manakala, laluan trafik ke Baitulmaqdis dilaporkan tergendala termasuk perkhidmatan bas sehingga salji dianggarkan setebal 25 sentimeter itu dibersihkan.

image

Menerusi laman web jabatan kaji cuaca, Meteo-Tech meramalkan, cuaca sejuk, hujan, dan ribut diramal berlaku di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya akan berterusan sehingga hujung minggu ini.


Dikhabarkan, pihak tentera kini sedang bersiap sedia membantu sebarang kemungkinan yang melibatkan para penduduk di kawasan yang teruk dan sukar dilalui.

Sekadar imbasan, pada Disember lalu, salji paling lebat dalam tempoh berdekad pernah melanda Baitulmaqdis.

Pada 1920, salji setebal satu meter meliputi Baitulmaqdis hingga menyekat jalan-jalan raya di serata Israel dan Tebing Barat. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=Bj-n2ZeXeZc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori