Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

182,409 Lulusan SPM 2017...

PUTRAJAYA - Sejumlah 182,409 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 ditawarkan ke program...

Lelaki Cedera Selepas Kereta...

SEBERANG PERAI - Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam...

Tak Akan Biar Usaha...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertekad tidak akan...

Kes Bunuh Nur Farah...

SLIM RIVER : Paras air bukan hanya surut malah semakin jernih di Sungai...

Banjir: 1,347 Warga PDRM Diberi Bantuan

KUALA TERENGGANU – Seramai 1,347 warga Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam musibah banjir menerima bantuan wang tunai hasil daripada pemotongan gaji kakitangan agensi berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata bantuan berjumlah RM855,000 itu diagihkan secara berperingkat kepada warga terbabit di semua negeri yang dilanda banjir.

Katanya, bantuan kewangan itu sudah diagihkan kepada warga PDRM di Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu manakala mereka yang di Sabah dan Sarawak akan menerimanya kemudian.

“Di Terengganu, seramai 152 keluarga menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 manakala bantuan lain menyusul kemudian bergantung kepada kerosakan dialami oleh isi rumah.

“Bantuan ini bukan sahaja disalurkan kepada anggota beruniform malah turut diberikan kepada penjawat awam yang berkhidmat dengan PDRM,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.


Turut hadir, Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah.

Mohmad berkata, menerusi potongan gaji 100,000 anggota dan pegawai PDRM, pihaknya dapat mengumpul RM931,000 bagi membantu mangsa banjir.

Potongan itu melibatkan nilai antara RM5 hingga RM100 bergantung kepada pangkat masing-masing.

Selain itu, PDRM masih menerima bantuan daripada individu dan syarikat untuk mangsa banjir membabitkan warga agensi itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori