Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sukatan Pembelajaran, Prasarana Tabika...

BANGI - Penambahbaikan sukatan pembelajaran Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan menaik taraf...

Bukan Semua Ubat Dikecualikan...

SERI KEMBANGAN - Kerajaan tidak bercadang mengecualikan semua ubat daripada dikenakan Cukai Barang...

Enam Premis Makanan Kotor...

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan enam premis makan di Pasir...

Polis Selangor Ambil Alih...

KUALA LUMPUR - Kes siasatan membabitkan wanita yang juga ibu kepada seorang usahawan...

Bantu Mangsa Banjir, WHAM Anjur Tayangan Amal Isyarat Cinta

KUALA LUMPUR – Satu majlis Tayangan Amal Perdana filem Isyarat Cinta akan dianjurkan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) awal Mac ini.

Ia bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Presiden WHAM, Niezam Abdullah, tayangan amal perdana itu adalah sebahagian daripada aktiviti WHAM untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir terbabit.

“Mungkin orang anggap banjir dah surut tapi sebenarnya mereka masih memerlukan bantuan dan sokongan kewangan.

“Kita mengharapkan peminat-peminat hiburan dan peminat-peminat artis dapat sama-sama turut serta dengan membelanjakan RM100 dapat menonton Isyarat Cinta dalam masa yang sama dapat bersama menonton bersama-sama pelakon yang terlibat,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran muzik video filem Isyarat Cinta, Tak Harus Memiliki nyanyian Tomok, di sini hari ini.

Tomok

Majlis tayangan amal perdana itu akan diadakan pada 4 Mac bertempat di pawagam Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara bermula jam 8.30 malam.

“Kami telah booking lima pawagam setakat ini, kalau sambutan baik kami akan buka lebih banyak pawagam, bergantung kepada sambutan kelak,” katanya.


WHAM bekerjasama dengan pihak RK Screen dan Suhan Movies & Trading khususnya Datuk Rosyam Nor yang memberikan sepenuh sokongan untuk menjayakan tayangan amal perdana yang akan diadakan dua minggu lebih awal daripada tayangan filem tersebut di pawagam seluruh negara.

Isyarat Cinta mengisahkan percintaan pasangan buta dan bisu lakonan Adi Putra, Liyana Jasmay dan Fizo Omar itu akan mula ditayangkan kepada umum mulai 19 Mac depan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

Foto/Video:  RIZA RAZAK

https://www.youtube.com/watch?v=zybY1tj3Kxk&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=tbljGpk_SIo

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori