BATU PAHAT – Seramai 12 penumpang cedera selepas sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Ipoh ke Singapura terbabas di Kilometer 100, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Yong Peng, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian itu jam 4.30 pagi, bas dua tingkat yang membawa 28 penumpang dipercayai terbabas sebelum terbalik di laluan bertentangan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 4.35 pagi.
Kredit: Berita Harian Online