Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Ada Kaedah Jika...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berhati-hati namun optimistik dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar...

Pangkalan Udara Baharu TUDM...

PORT DICKSON - Projek pembinaan pangkalan udara baharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)...

Rasuah Pingat: SPRM Teliti...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti pendedahan Sultan Johor...

Lawatan Raja Saudi Julung...

BAGI generasi muda pada hari ini, mungkin mereka sendiri jarang dengar Malaysia pernah...

Bawa Isu Hakim Ke Parlimen Tak Ubah Apa-Apa – Shahrir Samad

Susulan cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk membawa usul mengkritik perilaku hakim ke Parlimen, tindakan tersebut tidak mampu untuk mengubah keputusan yang telah dijatuhkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, cadangan tersebut sebenarnya lebih bersifat refleksi kepada kekecewaan dan amarah sesetengah pihak.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar Tidak Akan Terima Layanan Lima Bintang Di Penjara]

MOKH1250-600x360

Mengikut peraturan mesyuarat Dewan Rakyat, perilaku hakim-hakim boleh dibahas kalau adanya usul yang substantif.

Ia merupakan hak ahli parlimen yang merasa terkilan tapi ianya bakal menunjukkan bahawa seolah-olah kita hanya kecewa kalau keadaan tidak memihak kepada kita dan kita menyalahkan sistem apabila tidak membawa kesudahan yang kita hendak,” ujar Shahril kepada Astro Awani.

Ujar beliau lagi, usul yang ingin dibentangkan itu juga tidak akan membawa apa-apa perubahan dan ia hanya akan dijadikan ruang untuk melampiaskan kemarahan kerana keputusan tidak memihak satu pihak.

P.Kamalanathan


Selain itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan turut senada dalam isu tersebut apabila tidak bersetuju ia dibawa masuk ke Parlimen kerana berpendapat lebih banyak isu penting yang wajar dibahaskan.

Selalunya Dewan Rakyat akan membangkitkan isu-isu berkenaan kebajikan dan hal ehwal rakyat. Kita mahu membantu rakyat. Perlu ada sempadan antara kepentingan rakyat dan juga kepentingan peribadi iaitu untuk membela suami.

Malah kita telah melalui tujuh tahun (kes Liwat II) dan Anwar sendiri sudah melantik 14 peguam untuk membelanya. Kita semua harus menghormati keputusan mahkamah, Kita perlu maju ke depan kerana ada banyak lagi isu-isu lain yang perlu dibahas.” – MYNEWSHUB.CC

Sidang Media Pakatan Rakyat Pasca Pengumuman Keputusan Kes Liwat II Anwar Ibrahim

https://www.youtube.com/watch?v=fQM0_iIC2Yw

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori