Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ke Manakah Perginya ‘Duit...

KUALA LUMPUR - 1 Syawal, hari yang paling bahagia dan bermakna buat seluruh...

RM810 Juta Untuk Kebajikan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM810 juta khusus untuk kebajikan masyarakat...

Kerajaan Umum Paras Kemiskinan...

KOTA BHARU – Kerajaan akan mengumumkan paras kemiskinan baharu menjelang awal tahun depan...

Dua Beradik Dipenjara, Denda...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda...

Bayi 5 Bulan Disyaki Maut Didera Di Sungai Petani

SUNGAI PETANI – Seorang bayi perempuan berusia lima bulan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini tengah hari tadi dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Khalil Arifin berkata bayi itu tidak sedarkan diri ketika dibawa ibu bapanya ke hospital sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Beliau berkata ibu bapa bayi tersebut mendakwa anak mereka tidak sedarkan diri akibat terjatuh selepas ditarik seorang lagi anak mereka yang berumur dua tahun.

Namun katanya hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati kepala bayi tersebut bengkak serta badannya mempunyai kesan lebam.


Mayat bayi itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Pihak polis sedang menunggu laporan bedah siasat kes itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori