Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Padah Berlumba, 4 Maut...

SUNGAI BULOH - Tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal terbunuh selepas terbabit dalam...

Rakyat Malaysia Tak Lagi...

KUALA LUMPUR – Atas sebab keselamatan terutama ancaman daripada militan pelampau Islamic States...

Awie Dah Bertunang Dengan...

TIADA angin, tiada ribut.. tiba-tiba muncul khabar angin menyatakan vokalis kumpulan Wings, Awie...

Wanita Menyamar Pegawai JKM,...

BAGAN SERAI - Kegiatan licik seorang penganggur menyamar sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat...

Bayi Setahun Melecur Teruk, Jatuh Dalam Periuk Air Panas

CHINA – Malang menimpa seorang bayi berusia setahun, Longlong selepas dia terjatuh ke dalam periuk yang mengandungi air panas yang sedang menggelegak, mengakibatkan bayi itu terpaksa menjalani pembedahan kecemasan.

Ketika kejadian, Longlong sedang bermain di bahagian dapur. Menurut datuknya, Gang Hsieh, 67, dia mengangkat periuk berkenaan dari atas dapur dan diletakkan di lantai kerana dia memerlukan ruang untuk memotong lobak.

“Saya kemudiannya mendengar Longlong menjerit dan apabila menoleh ke belakang saya melihat dia berada dalam air yang masih menggelegak itu.

PAY-Longlong

“Saya kemudiannya mengangkat Longlong dan mendapati badannya melecur dengan teruk,’’ katanya.


Ibu bayi itu, Zhang Tao, 30, kemudiannya mengejar Longlong ke hospital di Hunan dan pembedahan kecemasan terus dilakukan.

Menurut doktor, bayi malang itu mengalami luka akibat terbakar di bahagian bawah dan belakang badan.

“Bayi berkenaan masih memerlukan rawatan intensif dan perlu menjalani pembedahan kosmetik,’’ kata jurucakap hospital.

Susulan itu, media tempatan kini memulakan kempen untuk membantu keluarga berkenaan mengutip wang bagi membayar kos rawatan Longlong.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori