Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Bagaimanakah Perasaan Tinggal Di...

BAGAIMANAKAH perasaannya tinggal di kediaman berharga USD95 juta?Di New York, sebuah bangunan pencakar...

PNM Bantu Penyelidik Kaji...

KUALA LUMPUR - Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menggalakkan lebih ramai pengkaji naskah Al-Quran...

Peluang Jadi Sukarelawan Vaksin...

KUALA LUMPUR - Peluang untuk menjadi sukarelawan dalam kajian klinikal fasa 3 vaksin...

SPRM Mohon Waran Tangkap...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengeluarkan waran tangkap dan menghubungi...

Bunga Citra Lestari: Ashraf Sering Beri Kejutan Buat Saya

PASTINYA Bunga Citra Lestari merupakan di antara wanita terbahagia di dunia ini apabila dapat mempersuamikan jejaka seromantik suaminya, Ashraf Sinclair.

Menurut Bunga, walaupun sudah hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Ashraf, namun suaminya itu langsung tidak pernah berubah sikap romantiknya.

ashraf

“Dari mula kenal Ashraf sampailah ke saat ini, dia tidak pernah berubah. Tetap romantik dan penyayang seperti mana dulu.

“Sikap romantik dan penyayangnya itu bagaimanapun diwarisi daripada kedua-dua ibu bapanya iaitu mummy dan daddy, kerana mereka juga begitu,” katanya memetik portal Murai.

ashraf1

Ibu kepada Noah Sinclair ini juga mengatakan suaminya sering kali meletakkan nota-nota beserta ucapan manis yang sering kali menjadikan harinya berasa lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.


“Ashraf itu orangnya selalu bikin kejutan dan caranya bikin kejutan itu bagi saya sangat romantik. Misalnya, kalau dia sudah bangun pagi untuk pergi kerja, dia akan meletakkan nota Good Morning di atas meja.

“Kalau dia tahu saya sedang sedih, dia bilang jangan sedih. Cuba lihat apa yang ada di belakang TV, dia akan meletakkan nota di situ minta saya supaya senyum,” katanya.

Bunga kini sedang rangka mempromosikan single terbaharunya, Wanita Terbahagia yang ditujukan khas buat suaminya yang kini bergelar pelakon sinetron di Indonesia.

Muzik video Wanita Terbahagia dihasilkan daripada detik serta momen-momen indah mereka sekeluarga ketika bercuti di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Video itu diarahkan adik Ashraf sendiri iaitu Adam Sinclair yang merupakan seorang pengarah iklan komersil. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori