Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Tak Akan Beri...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berikrar untuk tidak memberi ruang kepada keganasan atau ekstremis...

Siri Boboiboy Ke Layar...

Siri animasi Boboiboy yang popular di televisyen kini melangkah ke layar perak yang...

PH Selangor Sedia Gabung...

SHAH ALAM : Pakatan Harapan Selangor tidak menolak kemungkinan akan bekerjasama dengan Barisan...

Memotong Di Garisan Berkembar...

KUANTAN - Memotong di garisan berkembar merupakan kesalahan yang paling banyak dilakukan pengguna...

Sahabat Baik.. Bekas Presiden Turki Pertahan Anwar

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Turki, Abdullah Gul membantah hukuman penjara lima tahun yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang telah lama menjadi sahabat Anwar mendakwa sukar untuk mempercayai Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu melakukan perbuatan liwat.

“Anwar seorang tokoh politik terkemuka berorientasikan intelek dunia Islam yang menjadi penyokong kuat terhadap kesesuaian nilai Islam dengan demokrasi, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia .

“Inilah sebabnya mengapa Anwar disokong oleh kumpulan hak asasi manusia dan beberapa kerajaan asing di timur dan di barat,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.


Justeru, Abdullah menyeru kerajaan Malaysia mempertimbangkan semula kesan hukuman ke atas Anwar di peringkat antarabangsa dan komitmen negara ini kepada hak asasi manusia.

- MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori