Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Industri Setuju Turunkan Harga...

PUTRAJAYA : Pihak industri minyak masak sawit secara prinsip bersetuju membuat 'adjustment' bagi...

BNM Serbu Koperasi DinarDirham,...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu pejabat Koperasi DinarDirham Bhd....

Tabung Harapan Lunaskan Hutang...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah yang berlangsung pada 24 April lalu telah...

Daren Tidak Gentar Dengan...

KUALA LUMPUR – Walaupun mengakui lawannya berada di kelas tersendiri, pemain profesional negara,...

Kenyataan Bela Pengguna Cina, “No Way Minta Maaf”

Walaupun dihentam pihak pembangkang mahupun rakan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan perkauman menerusi laman Facebook, Datuk Seri Ismail Sabri masih utuh dengan pendiriannya untuk tidak memohon maaf.

Sebaliknya, Ismail berkata, MCA seharusnya berterima kasih kerana beliau telah membela hak pengguna Cina yang turut sama terbeban dengan tindakan sesetengah peniaga yang enggan menurunkan harga barangan selaras dengan penurunan harga minyak di pasaran.

Memetik kenyataannya yang disiarkan portal The Malaysian Insider, Ismail berkata, “Ramai pengguna kaum Cina yang kecewa kerana harga barang tak turun. Mesej saya, terima kasih dekat saya kerana bela mereka.

Jadi, mengapa kena minta maaf sebab saya bela rakyat yang tertindas kerana harga.”

DSC_3861

Disogok pula dengan tindakan pimpinan MCA yang masih berkeras mahukan beliau memohon maaf atas tulisannya, Ismail menjawab, “No way nak minta maaf.”


Namun demikian, dalam satu laporan beberapa hari lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti pimpinannya akan mengambil langkah untuk fokus kepada isu kenaikan harga berbanding isu lain termasuk isu perkauman.

[ARTIKEL BERKAITAN: MCA Fokus Isu Kenaikan Harga, Tolak Perkauman – Tiong Lai]

Ujar beliau seperti yang disiarkan portal MStar, “Jangan jadikannya sebagai isu perkauman, bila kita kaitkan isu kenaikan harga barang dengan kaum, ia akan jadi isu perkauman… Ini tak sepatutnya berlaku.” – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Akar Umbi UMNO Tampil Menyokong Ismail Sabri

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori