Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Raja Salman Taja 20...

KUALA LUMPUR - Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud menaja 20...

MCA Dapat Lebih Banyak...

KUALA LUMPUR - Rombakan Kabinet hari ini memberikan tambahan jawatan menteri kepada MCA...

Kereta Sorong Bayi Gergasi...

CHICAGO - Sebuah syarikat barangan bayi di sini mencipta kereta sorong bayi gergasi...

Minuman ‘Amat Panas’ Boleh...

LONDON - Tiada bukti tepat yang menunjukkan meminum kopi boleh menyebabkan penyakit barah,...

Benarkah Air Mani Boleh Jadi Masker Kecantikan?

Sperma adalah cecair yang keluar dari zakar lelaki semasa ejakulasi. Sperma yang bertemu dengan sel telur bercantum menghasilkan janin.

Di sebalik fungsi asalnya, wujud juga banyak mitos yang lucu dan adakalanya aneh berkaitan sperma.

Ramai yang menganggap bahawa sperma merupakan bahan ‘ajaib’ yang boleh digunakan selain fungsinya yang sebenar.

Apakah antara mitos dan kebenaran berkaitan sperma dalam masyarakat dunia?

1. Merokok mempengaruhi jumlah sperma

Merokok memainkan peranan dalam penghasilan sperma yang rendah. Hal ini merupakan fakta yang perlu diberikan perhatian. Jika anda sedang berusaha untuk memilliki anak, hentikan merokok sekarang! Untuk memperbaiki kualiti sperma, merokok harus dihentikan dalam jangka masa panjang. Berhenti merokok tidak boleh dilakukan hanya sesaat. Jadi kunci untuk kesihatan sperma adalah menjaga pola hidup anda agar sihat secara konsisten.

2. Menelan sperma untuk kecergasan.


Walaupun sperma mengandungi pelbagai nutrient seperti protein dan glukosa, namun tidak ada bukti yang menyokong fakta khasiat jika ia ditelan. Mitos ini tidak hanya aneh namun juga berpotensi membahayakan kesihatan, khususnya jika sperma tidak bersih dan mengandungi bakteria. Kecergasan lelaki boleh ditingkatkan dengan corak hidup sihat, makan yang berkhasiat, mengelakkan merokok, alkohol dan kerap bersenam.

3. Sperma boleh digunakan sebagai topeng atau masker

Sperma mengandungi pelbagai zat seperti protein dan glukosa. Namun apakah ada gunanya sperma sebagai topeng atau masker? Jawapannya adalah tidak. Sperma tidak mempunyai kandungan yang bermanfaat untuk kesihatan kulit. Belum ada kajian yang menyokong penggunaan sperma sebagai topeng muka. Malah jika sperma digunakan, boleh saja kulit wajah menjadi jengkel, kemerahan dan mengelupas.-MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • seks

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori