Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Mohon Perbelanjaan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan memohon perbelanjaan tambahan kira-kira RM19.6 bilion...

SPR Di Tahap 100...

KUALA LUMPUR – Kesiapsiagaan petugas-petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negara kini...

Pekerja Hotel Tumbuk Kepala...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang menumbuk kepala isterinya setelah mengesyaki wanita itu...

Mahkamah Persekutuan Putuskan UMNO...

PUTRAJAYA - Enam belas bekas ahli UMNO hari ini, gagal mendapat perisytiharan bahawa...

Berapa Bayaran Untuk Muhammad Shafee? – Kit Siang

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menuduh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dibayar oleh UMNO bagi menjalankan kempen memburuk-burukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat.

Beliau membuat tuduhan semborono itu apabila membuat kenyataan yang mendakwa rakyat Malaysia mahu tahu sama ada wang cukai mereka digunakan untuk membayar Muhammad Shafee bagi mengadakan siri jelajah untuk memburuk-burukkan pemimpin pembangkang tersebut.

“Pembayar cukai di Malaysia berhak mengetahui sama ada mereka turut membayar kepada jelajah ke seluruh negara Muhammad Shafee untuk menjustifikasikan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas Anwar sekaligus mengambil kesempatan untuk melaksanakan kempen yang ganas dan berunsur dendam ke atas Anwar,” dakwanya dalam satu kenyataan media malam tadi.

Kit Siang turut mempertikaikan kedudukan sebenar Muhammad Shafee sama ada sebagai pendakwa raya bagi pihak orang awam atau UMNO dalam kes liwat kali kedua membabitkan Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Muhammad Shafee sebelum ini menjelaskan kes Anwar meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan bukan cerita mengenai politik tetapi mengenai cerita manusia dan perspektif badan kehakiman.


Beliau yang juga peguam kanan pasukan pendakwaan berkata, semua itu adalah cerita tentang semua manusia tanpa mengira kuasa, mereka adalah sama rata di sisi undang-undang.

“Kita semua mempunyai tanggungjawab kepada mangsa, lelaki muda yang merupakan pembantu peribadi Anwar, yang mendapat perhatian dalam negara dan antarabangsa disebabkan kesilapan yang bukan dilakukan olehnya.

“Sepertimana kesemua mangsa jenayah berat, beliau mempunyai hak untuk melihat aduannya disiasat dengan teratur oleh pihak polis dan mahkamah,” katanya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori