Jerman – Tindakan seorang pelukis yang berbogel sambil mengendong anaknya bagi mempromosi pameran seninya di sebuah muzium telah mengejutkan pengunjung muzium berkenaan.
Ini kerana, aksi lucah pelukis kontroversi itu, Milo Moire, 32, memalukan apatah lagi muzium seni dan kebudayaan itu turut dihadiri oleh kanak-kanak.
Keadaan ini menjadikan Moire sebagai tajuk utama media di Jerman kerana ramai yang mengkritiknya sebagai keterlaluan tanpa mempedulikan perasaan orang ramai.
“ Saya memang meminati seni tetapi ini adalah mengarut.
“Apa yang saya lihat, dia rasa dengan berbogel itu sambil mengendong bayi akan menjadikannya sebagai sebahagian daripada seni. Ia memang tak masuk akal,’’ kata pencinta seni, Anke Lange.
Bagaimanapun Moire berkata, dia mengendong bayinya sebagai simbolik bahawa bayi bogel selamat di tangan seorang wanita bogel
“Keadaan ini merupakan satu cabaran kerana ia mencabar persepsi orang ramai mengenai seni bogel,’’ katanya