Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Agong, Raja Permaisuri Berangkat...

KUCHING - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

PRN Sarawak: PKR Tiada...

PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menolak sebarang perbincangan dengan PAS...

Fouziah Gous Tunai Haji...

KUALA LUMPUR - Pelakon Fouziah Gous menjadi antara selebriti yang dipilih untuk menunaikan...

Kos Haji Meningkat Atau...

JOHOR BAHRU - Keputusan sama ada kos bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun...

Beri Perkhidmatan Terbaik Kepada Rakyat – MB Terengganu

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mahu semua agensi kerajaan pusat dan kerajaan negeri memberikan perkhidmatan terbaik dan berusaha menyelesaikan permasalahan rakyat.

Beliau berkata untuk mencapai objektif itu, agensi kerajaan pusat dan negeri perlu bekerja sebagai satu pasukan.

“Jangan tunggu rakyat datang ke pejabat membuat aduan sebaliknnya perlu turun ke bawah untuk melihat dan mendengar apa permasalahan rakyat.

“Dekatilah rakyat, berkunjunglah ke tempat mereka, kerana bila kita dekat dengan mereka kita akan tahu apa masalah mereka,” katanya kepada pemberita selepas taklimat di Wisma Persekutuan di sini hari ini.


Beliau juga menyarankan agensi kerajaan membuka lebih banyak kaunter perkhidmatan di luar pejabat untuk memudahkan rakyat berurusan.

Dalam pada itu, Menteri Besar berkata beliau akan berusaha menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta dan ruang pejabat terhad di bangunan Wisma Persekutuan Terengganu.

Beliau berkata kerajaan negeri akan membuat satu kertas kerja untuk menyelesaikan masalah itu demi keselesaan penjawat awam 25 agensi yang menduduki bangunan berusia lebih 20 tahun itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori