Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki ‘Turn On’ Tengok...

TAK sampai sebulan mendirikan rumah tangga dengan Hafiz Hamidun, isteri kepada selebriti nasyid...

Perbincangan Air Dibayangi Isu...

PERBINCANGAN mengenai Perjanjian Air 1962 antara Singapura dengan Malaysia dibayangi oleh isu maritim...

Mahkamah Syariah Tiada Kuasa...

PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan di sini hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Mahkamah...

Yahoo Tamatkan Perkhidmatan 20...

NEW YORK: Yahoo mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan lebih 20 peratus kakitangan menjelang...

Berjalan Tiga Hari Untuk Buang Tumor Seberat Lebih 7kg

MADAGASCAR – Selama empat dekad, Sambany hidup dengan tumor seberat 7.46 kilogram di lehernya. Namun selepas dia berjalan selama tiga hari, akhirnya tumor berkenaan berjaya dibuang dalam satu pembedahan yang memakan masa selama 12jam.

Pembedahan berkenaan yang disifatkan sebagai paling mencabar, telah dijalankan oleh pasukan perubatan sukarelawan di Mercy Ship.

“Saya amat gembira. Saya tahu pembedahan ini amat berisiko tinggi dan saya mungkin mati namun jika saya biarkan sahaja tumor ini, saya sememangnya sudah mati akibat layanan orang ramai,’’ kata Sambany.

Ketika berusia 20-an, Sambany, yang berasal dari kawasan pedalaman di Madagascar, telah mengalami bengkak di pipi kirinya. Ketumbuhan itu kemudian merebak ke bahagian kepala dan leher.

Ketika tiba di pelabuhan Toamasina, dia meminta bantuan daripada Mercy Ship namun pada mulanya mereka berdepan kesukaran untuk membantu kerana tidak pernah berdepan dengan tumor yang begitu besar.

Mujurlah terdapat beberapa pakar dalam pasukan tersebut termasuk Dr Michael McBrien, yang kemudiannya terlibat dalam pembedahan berkenaan.


Sambany kini terpaksa menjalani rawatan pemulihan yang panjang dan terpaksa berada di dalam kapal berkenaan untuk beberapa bulan lagi.

Mercy Ship merupakan satu bentuk perubatan yang disediakan di atas kapal dan menjalankan pembedahan sukar di beberapa negara miskin di dunia ini.

Ketika ini kapal berkenaan berlabuh di Madagascar. Ia menyediakan rawatan pembedahan dan perubatan percuma dengan matlamat meningkatkan sistem kesihatan di negara miskin.

  • Lagi berita berkaitan:
  • tumor

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori