Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Aishah Bakal Peraga Busana...

SELEPAS berita yang kononnya Aishah tidak mendapat tajaan untuk pakaian dalam program Gegar...

Enam Terbunuh Serangan Israel...

GAZA - Tentera Israel membunuh sekurang-kurangnya enam Palestin di Semenanjung Gaza semalam dalam...

Dos Penggalak Kedua Warga...

PUTRAJAYA – Individu berumur 60 tahun dan ke atas boleh menerima dos penggalak...

Kos Pembikinan Lagu Gerua,...

DILWALE sekarang sedang jadi fenomena dalam kalangan peminat filem terutama penggemar filem Hindustan. Kalau pergi...

Bernama Bayar Gaji Pekerja Bernama TV

PUTRAJAYA – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengambil langkah atas dasar kemanusiaan untuk membayar gaji pekerja-pekerja Bernama TV bagi bulan Januari dan Februari ini, kata Pengurus Besarnya Datuk Zulkefli Salleh.

Beliau berkata dana RM500,000 diperuntukkan bagi 160 pekerja terlibat setiap bulan dan disalurkan kepada syarikat yang bertanggungjawab membayar iaitu syarikat Bernama TV Synergy Berhad (BRTV).

“Terpulang kepada syarikat berkenaan untuk membayar gaji setiap pekerjanya. Kalau lambat, tanya syarikat itu. Sudah tentu Bernama juga mempunyai had tertentu dalam isu menanggung gaji pekerja Bernama TV.

“Oleh itu, satu penyelesaian perlu diambil segera agar operasi Bernama TV tidak terus diletakkan dalam keadaan tidak ketentuan. Saya berharap pemegang saham lain tampil untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai masa depan stesen televisyen berkenaan.

Zulkefli berkata demikian selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama Lembaga Pengarah Eksekutif Anggota Pertubuhan Agensi Berita Asia-Pasifik (OANA) ke-38 dan Jawatankuasa Teknikal di sini hari ini.

Bernama TV pada Isnin lepas tidak dapat beroperasi seperti biasa berikutan sebahagian petugasnya tidak hadir bertugas.

Khamis lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengadakan pertemuan dengan 100 pekerja Bernama TV untuk membincangkan masalah dan juga masa depan stesen televisyen berkenaan.


Dalam pertemuan dua jam yang diadakan di Wisma Bernama itu, Ahmad Shabery berkata beberapa cadangan sedang dipertimbang untuk menyelesaikan masalah melibatkan Bernama TV termasuk masalah gaji.

Zulkefli berkata pihak Bernama yang hanya mempunyai pegangan minoriti 33 peratus dalam stesen berita 24 jam itu, akan bertemu dengan pemegang saham yang lain malam ini bagi menyelesaikan masalah dan hala tuju Bernama TV.

Walaupun lokasi pertemuan tidak didedahkan, beliau berharap mesyuarat itu akan menyelamatkan ‘periuk nasi’ pekerja serta mencari jalan penyelesaian terbaik untuk Bernama TV kerana stesen televisyen itu menggunakan jenama Bernama.

Bernama TV dimiliki Bernama TV Synergy Sdn Bhd (BRTV) yang ditubuhkan pada 2008 bagi menguruskan siaran 24 jam di saluran Astro 502.

Zulkefli berkata siaran televisyen itu akan terus bersiaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori