Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perlukah PKR Terus Laungkan...

TAHUN 2018 ini genap 20 tahun bermula gerakan yang dinamakan reformasi ataupun Reformasi...

Laluan Baharu Daki Gunung...

KUNDASANG - Tinjauan awal bagi mengenal pasti laluan baharu mendaki gunung Kinabalu akan...

Azmin Ali Kini Sah...

TENTU ramai masih ingat bagaimana Pakatan Rakyat (PR) apabila menguasai Perak selepas Pilihan...

MoF Kaji Perluas Asas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MoF) sedang menjalankan kajian untuk memperluaskan asas pendapatan...

Bilangan Kolej Komuniti Akan Ditambah – Muhyiddin

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang dalam proses untuk menambah bilangan kolej komuniti di seluruh negara, termasuk sembilan di Sarawak.

Ia akan dilakukan secara berperingkat sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11, katanya.

Beliau berkata bagi memastikan kewujudan kolej komuniti ini bermanfaat, kolaborasi strategik antara kolej komuniti dengan pihak industri perlu dibuat dalam pelbagai aspek supaya dapat mencapai matlamat yang disasarkan.

“Kolaborasi yang lebih berbentuk pelbagai rupa ini, mantap dan holistik dengan strategi yang lebih sesuai dan terperinci perlu diwujudkan secara bersama meliputi latihan, penyelidikan, sumbangan, pekerjaan, kepakaran dan kemudahan.

“Kolaborasi seperti ini mampu memberikan peluang keemasan kepada pelajar untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi dunia pekerjaan sebenar,” katanyan pada Majlis Kolaborasi Strategik Kolej Komuniti Wilayah Sarawak Bersama Score dan Industri Berimpak Tinggi di Kolej Komuniti Kuching, hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Sosial Sarawak, William Mawan Ikom yang mewakili Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Pada majlis yang sama, Muhyiddin menyampaikan watikah pelantikan penasihat Kolej Komuniti Wilayah Sarawak kepada Mawan sebagai Penasihat Kolej Komuniti Pakan, dan tiga lagi wakil rakyat iaitu Datuk Seri Fadillah Yusof (Kolej Komuniti Kuching), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Kolej Komuniti Santubong) dan Datuk Lee Kim Shin (Kolej Komuniti Senadin).


Mengulas lanjut, Muhyiddin mengambil contoh kejayaan kerjasama strategik kolej komuniti dengan lima koridor ekonomi negara yang telah membuka peluang kepada graduan kolej komuniti untuk bekerja secara kompeten dalam bidang-bidang kritikal sekaligus membantu merancakkan pembangunan di koridor berkenaan.

“Kolej komuniti sebenarnya telah menonjolkan kemampuan dalam menyediakan modal insan yang berkemahiran dan terlatih untuk dibekalkan kepada lima Koridor Wilayah Pembangunan Ekonomi Negara.

“Sehingga penghujung 2014, sebanyak 1,850 graduan kolej komuniti ditempatkan bekerja di Koridor Wilayah Pembangunan Ekonomi Negara, 700 di Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (300), Koridor Ekonomi Wilayah Utara (400), Koridor Pembangunan Sabah (300) dan 150 di Koridor Pembangunan Tenaga Sarawak (Score),” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama strategik kolej komuniti dengan Score yang dikawal selia oleh Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda), Muhyiddin berkata kolaborasi itu berupaya membantu melahirkan lebih ramai tenaga kerja anak tempatan mengikut keperluan dan spesifikasi industri di bawah naungannya.

“Syarikat-syarikat yang berkolaborasi pada hari ini adalah antara pemain utama dalam industri berimpak tinggi dan penyumbang terbesar kepada pembangunan negeri Sarawak khususnya dalam bidang minyak dan gas, aluminium, perkapalan, teknologi hijau, hospitaliti dan fesyen berteknologi tinggi,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori