Pelakon cantik manis Wawa Zainal sememangnya mempunyai aura serinya yang tersendiri. Dengan persona anggunnya, tidak hairanlah beliau kini dilantik untuk menjadi jurucakap minuman kecantikan berasaskan sunnah keluaran syarikat Blinq Sistarz Sdn. Bhd.
“Saya berasa terharu dan berterima kasih kepada Puan Laila selaku pengasas jenama Blinq Sistarz kerana memilih saya sebagai duta produk keluaran beliau,” kata Wawa semasa ditemui ketika pelancaran Blinq Beauty Drink yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, jam 2.30 petang tadi.
Bercakap mengenai mengapa beliau menerima tawaran menjadi wajah jenama minuman kecantikan ini, Wawa yang diikat kontrak selama setahun ini mempunyai alasannya tersendiri.
“Secara jujurnya, saya sendiri telah menggunakan produk Blinq untuk satu tempoh, bagi menjaga kecantikan dan keayuan dalaman dan luaran saya. Jadi bila saya dilantik menjadi duta produk Blinq Beauty Drink, ia menambahkan lagi keyakinan saya dan juga pengguna lain untuk menggunakan produk keluaran Blinq Sistarz Dn. Bhd.,” tambahnya lagi.
Kata isteri kepada pelakon Aeril Zafrel dan ibu kepada Ahmad Fakhruddin Attar ini, gaya hidupnya yang sibuk dengan tuntutan famili dan kerjaya menjadikan dirinya cepat letih sebelum ini. Namun, setelah mencuba minuman Blinq Beauty Drink, Wawa dapat merasakan perubahan dari segi kecergasan dan semakin aktif.
Mynewshub juga sempat menemuramah pengasas produk Blinq, Puan Laila Khan, mengenai pelantikan Wawa sebagai duta produknya.
“Kami memilih Wawa Zainal disebabkan dia memenuhi ciri-ciri yang menggambarkan produk keluaran kami. Dengan imej Muslimah, juga keayuan dan kejelitaan Wawa, ianya memberi persepsi terbaik kepada pengguna dan juga bakal pengguna produk Blinq. Semua produk Blinq diformulasikan berdasarkan pemakanan sunnah Rasulullah seperti delima, buah kurma, habbatus sauda dan madu yang boleh membentuk kecantikan dalaman dan luaran pengguna,” jelasnya panjang lebar
Blinq Beauty Drink merupakan produk 3 dalam 1 yang menjaga kecantikan, kesihatan dan untuk memperolehi bentuk badan yang ideal.
Bagi mereka yang inginkan bentuk badan yang menawan, anda bolehlah mencuba Blinq Fabulouz Firming Coffee and Choco yang diperkaya dengan ekstrak guarana dan chitoglucant. Minuman ini didatangkan dengan dua perisa iaitu coklat dan kopi dan bahan-bahan aktifnya berkesan untuk menyerap minyak dan lemak berlebihan.
Selain daripada minuman kesihatan, Blinq juga mempunyai rangkaian penjagaan wajah seperti Blinq Foundation (bedak asas), Blinq Skincare, Blinq Nanoserum dan Blinq Beauty Bar.
Kesemua produk Blinq dihasilkan di dalam kilang yang bertaraf GMP dan mendapat pengiktirafan halal Jakim,selain diluluskan KKM. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=356PwE5OLPA&feature=youtu.be
Oleh: SARA KHALID
Foto/Video: RIZA RAZAK