Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Raja Muda Perlis Nasihat...

KUALA LUMPUR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa berada...

Penalti Lebih Berat Ke...

MIRI - Sarawak akan mengenakan penalti lebih berat terhadap pembalak haram di negeri...

8 Kenderaan Kemalangan, ‘Hujan...

NAHAS membabitkan lapan buah kenderaan menyebabkan durian dibawa sebuah lori bertaburan di atas...

Kes Pistol: Siasatan Mendapati...

JOHOR BAHRU - Hasil siasatan pihak polis mendapati pemain bola sepak Johor Darul...

BN Tidak Bertanding Di Dun Chempaka – Najib

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 22 Mac depan untuk memberi fokus kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di Kelantan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana kerja-kerja pemulihan masih dalam proses untuk dilaksanakan bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

“Masih banyak pihak yang patut terima bantuan dan masih tidak menerimanya. Kita jadikan ini keutamaan yang tertinggi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini malam ini.

Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO berkata langkah itu juga bertujuan memastikan perpaduan ummah dapat dikukuhkan.

Walaupun terdapat perbezaan fahaman politik di negeri itu, perpaduan ummah dilihat sebagai agenda yang penting, katanya.

Perdana Menteri berkata keputusan serupa pernah dibuat BN pada PRK Parlimen Bukit Gelugor pada Mei 2014, “jadi tidak semestinya kita lakukan (bertanding)…lihat pada keadaan.”

Najib berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan menyeluruh dengan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan Umno Bahagian Pengkalan Chepa sebelum membuat keputusan berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK Dun Chempaka 22 Mac depan manakala penamaan calon 10 Mac.

Kerusi Dun Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Feb lalu.


Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Nik Abdul Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS menang di kerusi Dun Chempaka dengan majoriti 6,500 undi.

Bekas menteri besar Kelantan itu mendapat 12,310 undi manakala calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak memperoleh 5,810 undi.

Menyentuh mengenai kedudukan kerusi Parlimen Permatang Pauh, Najib berkata UMNO akan menunggu keputusan SPR berikutan permohonan petisyen pengampunan Diraja oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum membuat sebarang keputusan.

“Jadi kita tunggulah…ikut tafsiran Perlembagaan dan SPR akan terima nasihat berdasarkan tafsiran ini dan akan umumkan tarikh,” katanya.

Beliau berkata BN akan umumkan keputusan sama ada untuk bertanding atau tidak kerusi berkenaan, bila sampai masanya.

Isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anak mereka Nurul Izzah dan Nurul Nuha telah memfailkan petisyen permohonan pengampunan diraja bagi pihak Anwar kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, semalam.

Petisyen pengampunan itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb, mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas menolak rayuannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori