Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gua Kelam, Taman Eko...

KANGAR: Gua Kelam di Kaki Bukit dan Taman Eko Rimba Bukit Ayer di...

Tahan Sakit 20 Minit,...

Seorang lelaki warga Myanmar terpaksa menahan sakit lebih 20 minit akibat tangannya tersepit...

Kes Rasuah Projek RM114...

Kuala Lumpur : Seramai empat individu antaranya pengarah urusan dan pengurus besar dua...

Monsun Timur Laut Dijangka...

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan Monsun Timur Laut (MTL) akan...

Botakkan Kepala Mangsa, ‘Trend’ Terbaru Pembuli Sekolah?

JIKA sebelum ini kita dikejutkan dengan kes buli ‘Singlet Hitam’, kini kes buli nampaknya sudah berubah ke tahap yang lebih menyedihkan.

Terbaharu adik Arif Ahmad  yang berusia 10 tahun dari Sekolah Kebangsaan Bechah Durian, Pasir Mas, Kelantan dikhabarkan telah dibotakkan kepalanya dalam satu kejadian buli, semalam.

Menurut sumber dari gambar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook, kejadian dilaporkan berlaku sewaktu Arif dalam perjalanan menuju ke perpustakaan di sekolahnya.

adik arif wm

adik arif wm

Ini kerana selepas waktu rehat, kesemua murid dari kelas 4 Pintar telah diminta untuk pergi ke perpustakaan.

Namun, ketika dalam perjalanan dia telah dihalang oleh dua rakan sekelas yang kemudian mengheretnya kembali ke dalam kelas.

Di sana mangsa dipaksa duduk dan dipegang tangannya ke arah belakang oleh pembuli yang seterusnya  bertindak menggunting rambutnya.


Arif dikatakan tidak dapat melepaskan diri kerana dipegang dan kejadian tersebut menyebabkan kepalanya megalami luka akibat torehan.

Kejadian buli seperti ini terutamanya di sekolah rendah adalah perkara yang harus dipandang serius oleh semua pihak.

Bayangkan jika pembuli sekolah rendah ini tidak diambil tindakan dan pihak sekolah cuba menyembunyikan perkara kerana malu.

Bolehkah anda bayangkan apa yang berlaku jika pembuli-pembuli ini memasuki ke sekolah menengah pula, silap-silap pengetua pun dibotakkan kepalanya.

-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

https://www.youtube.com/watch?v=jmz2rDhYhUg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori