Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Imigresen Tahan 13 Warga...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 13 warga asing di atas pelbagai...

D’Tandoor Tawar Diskaun 57%...

Berita baik kepada penggemar masakan India dan Arab, restoran D'Tandoor menawarkan potongan diskaun...

Banjir: Talian Komunikasi Terjejas...

KUALA LUMPUR - Orang ramai di kawasan banjir dinasihati supaya mengehadkan aktiviti memuat...

Mungkin 2 Atau 3...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau akan meletak jawatan sebagai Perdana...

Kasihan.. Budak Kaki Besar Dibuli Setiap Hari

INDIA – Verdant Joshi, baru berusia empat tahun namun sepanjang hidupnya, dia telah dibuli, diejek dan dimalukan oleh orang ramai akibat pembesaran sebelah kakinya.

Meskipun tapak kakinya sepanjang 11 inci dan seberat 5.4 kilogram, namun Verdant masih boleh berlari dan berjalan secara normal.

Sehingga kini tiada seorang doktor pun yang dapat memberitahu keluarganya mengenai penyakit yang dialaminya itu.

Malah ramai doktor yang mencadangkan supaya kaki budak itu dipotong manakala sebahagian yang lain pula menyatakan keadaan budak berkenaan tidak mengancam nyawanya.

kaki

Bagaimanapun bapanya, Dilip Kumar Joshi, 30, kini mengharapkan bantuan doktor dari seluruh pelusok dunia untuk merawat kaki anaknya dan dalam masa sama mengelak kaki itu dipotong.


Menurut Dilip, dia mencuba semua jenis bidang perubatan termasuk homeopathi, pakar tulang dan kulit, namun semuanya menemui kegagalan.

“Doktor dari Amerika juga tidak dapat memberitahu apa silapnya, Ada yang kata hormonnya tidak seimbang, ada yang kata darah tidak mengalir dengan sempurna serta takungan air,’’ katanya.

Dalam pada itu, Verdant pula berkata, keadaan tapak kakinya yang besar itu menyebabkan dia tidak boleh berlari pantas dan sering diketawakan oleh rakan sebaya yang lain.
“Mereka tidak benarkan saya bermain kriket atau bola sepak. Saya juga mahu ke sekolah tetapi guru tidak benarkan,’’ kata Verdant.

Keadaan ini memaksa Verdant bermain dengan adiknya, Vrisha yang baru berusia setahun di rumah dua bilik mereka sahaja.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori