Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bayi Doktor Maut Tertinggal...

KUALA LUMPUR: Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut selepas ditinggalkan hampir 10...

Dah Kenapa Pakai Topi...

BIMBANG terhadap risiko keselamatan, sekumpulan pekerja di sebuah pejabat di Bihar, India terpaksa...

Gadis Ini Sering Diserbu...

SEORANG gadis yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini ternyata sangat beruntung kerana...

Si Kecil Maut Kerana...

SEPASANG suami isteri mengalami pengalaman cukup perit apabila bayi mereka yang berusia sebulan...

Budak Maut Dihempap Pacuan Empat Roda

KENINGAU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut manakala abangnya parah selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda dinaikinya yang terbalik secara mengiring di Kilometer 22, Jalan Keningau-Sook berhampiran Kampung Kebulu, dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.50 pagi itu, mangsa Rubyatul Herman, 5, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala abangnya Jumar Herman, 22, parah dan dikejarkan ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, empat lagi yang menaiki kenderaan pacuan empar roda itu hanya mengalami cedera ringan.

Difahamkan, mangsa bersama abangnya duduk di ruang belakang kenderaan dalam perjalanan dari Tawau ke Keningau untuk menjual ikan lalu kenderaan itu hilang kawalan dan merempuh pokok sebelum terbalik secara mengiring.


Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Douglas Nyeging Taong berkata, akibat kejadian itu, mangsa dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian disebabkan tersepit manakala mangsa yang parah dibawa ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori