Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Harapan Rakyat Kini Makin...

SELEPAS dua minggu Malaysia ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH), tidak keterlaluan jika dikatakan...

Orang Ramai Kena Waspada...

PASIR MAS - Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan...

Seorang Pelajar Maut, Seorang...

PENAMPANG - Seorang pelajar maut dan seorang lagi cedera parah selepas motosikal yang...

Datuk A. Rahman Hassan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi popular era 60-an, Datuk A. Rahman Hassan telah meninggal...

Bulan Kesiapsiagaan Bencana Nasional Pada Oktober

PUTRAJAYA – Bulan Kesiapsiagaan Bencana Nasional akan diadakan pada Oktober setiap tahun bagi memberi pengetahuan awal kepada orang ramai untuk menghadapi bencana, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kempen dan program mengenai persediaan bagi menghadapi bencana akan diadakan dengan melibatkan semua pihak menggunakan saluran media sedia ada.

“Kita sudah mempunyai perancangan dan simulasi namun persediaan daripada peringkat bawahan adalah penting kerana kesediaan rakyat dan pendidikan mengenainya merupakan proses yang berterusan untuk kita perbaiki tata cara bersiap siaga,” katanya.

Bulan Oktober dipilih kerana ia waktu yang munasabah memandangkan kebiasaannya musim tengkujuh bermula pada sekitar November, katanya.


“Namun persediaan tetap perlu dilakukan kerana musibah boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan cek sumbangan Tabung Kemanusiaan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (TKKMM) bagi membantu mangsa banjir di sini Rabu.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan penyerahan sumbangan TKKMM berjumlah RM2.57 juta itu oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Halim Shafie kepada Timbalan Setiausaha, Majlis Keselamatan Negara Ogu Salim Omar,.

TKKMM 13999 dibuka pada 24 Dis 2014 dan berakhir pada 31 Jan lalu. Ia dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama SKMM dengan penyertaan syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori