Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kedai Masakan Selera Pantai...

PUTRAJAYA - Sebuah restoran terkenal dengan hidangan masakan dari pantai timur di Presint...

Penonton Obses, ‘Cinta’ Zul...

PENONTON drama zaman ini dilihat semakin taksub dengan hero dan heroin sesebuah drama...

Bakar Al-Quran: Lebih 500...

KUALA LUMPUR : Lebih 500 individu berhimpun dan berarak aman dari Masjid As-Syakirin...

Tiada Penyelewengan Agihan Bantuan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menegaskan tiada sebarang penyelewengan dalam agihan bantuan banjir kepada...

Taktik Bungkus Dadah Ala Nasi Kandar… Tumpas Jugak

Georgetown – Sindiket pengedaran dadah yang menggunakan taktik membungkus heroin seperti bungkusan nasi kandar tumpas dalam serbuan di pangsapuri di Sungai Pinang, di sini, Khamis lalu.

Dalam serbuan dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman pada 1.30 petang itu, sejumlah 152.3 kilogram heroin dirampas.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM 5 juta.

“Dalam serbuan itu, tiga lelaki dan seorang wanita ditahan untuk siastan lanjut.


“Semua suspek berusia 35 hingga 57 tahun dan kita turut merampas lima kereta serta motosikal milik suspek,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Menurutnya, sindiket terbabit dikesan menggunakan taktik membungkus heroin seperti bungkusan nasi kandar sebelum ia diedarkan dipercayai untuk mengaburi mata polis. – myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=iWdQ_5PqQ6w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori