Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Annuar Minta Semua Pihak...

Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa meminta semua pihak agar meneliti Perkara 2.1...

Mahkamah Rayuan Tetapkan 15...

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 15 September untuk menyampaikan keputusannya dalam rayuan polis dan...

Kenyataan Mohamaddin Singgung Keluarga...

KUALA LUMPUR - Kenyataan calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Mohamaddin Ketapi bahawa insiden pencerobohan di...

Najib Beri 5 Sebab...

DATUK Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Pakatan Harapan mencipta masalah untuk diri...

Ibu Tergamak Bunuh Anak Sebab Malu Telinganya Besar

TURKI – Hanya kerana anak lelakinya mempunyai telinga yang besar, seorang wanita tergamak membunuh budak lelaki berkenaan dalam satu kejadian pembunuhan yang mengejutkan penduduk di Turki.

Wanita itu, Nuray Sacan, 37, telah mencekik anaknya yang berusia 10 tahun dengan skaf di dalam bilik air wanita di Hospital Gazi, selepas budak itu menjalani pembedahan kosmetik.

Dia berbuat demikian kerana tidak puas hati dengan pembedahan berkenaan yang menjadikan telinga anaknya lebih besar.

Wanita kejam ini ditangkap selepas kereta dipandunya merempuh kenderaan lain ketika cuba melarikan diri dari hospital.

“Kedua-dua telinganya menjadi lebih besar selepas pembedahan berkenaan.


“Dia menjadi sangat hodoh. Dia akan berasa malu di depan kawan-kawannya jadi apa yang saya lakukan ini dapat menyelamatkan anak saya daripada dimalukan seumur hidupnya,’’ katanya ketika mengaku melakukan perbuatan jenayah berkenaan.

Dalam pada itu doktor yang melakukan pembedahan tersebut, Dr Metin Yilmaz berkata, pembedahan itu sangat mudah dan ia berjaya dijalankan.

“Kami sendiri tak faham mengapa dia tergamak bunuh anaknya sedangkan dia tak kelihatan mempunyai masalah psikologi. Pembedahan juga berjaya sebelum budak itu dibenarkan pulang,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Zu_VYrNuuP8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori