SEOUL – Mahkamah Agung memutuskan keluarga pekerja yang membunuh diri selepas mengalami kemurungan disebabkan tidak berupaya belajar bahasa Inggeris berhak mendapat pampasan.
Mahkamah mengetepikan keputusan mahkamah rendah yang tidak mengiktiraf kematian lelaki itu, dikenali sebagai Oh, sebagai kemalangan industri dan memutuskan dia berhak menerima pampasan daripada kerajaan.
Keluarga lelaki itu memfailkan saman ganti rugi kepada kerajaan selepas Oh melompat dari bangunan tingkat 10 di Yeouido, Seoul ketika minum kopi bersama dua rakan sekerjanya pada 29 Disember 2008.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āOh membunuh diri kerana murung akibat gagal melaksanakan tugas yang memerlukan kefasihan berbahasa Inggeris.
ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āKeputusan mahkamah rendah terkhilaf apabila gagal melihat kaitan tindakannya itu dengan tekanan akibat kerja,ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ kata penghakiman itu.
Oh bekerja sebagai pengurus di syarikat pembinaan tempatan. Pada Julai 2008, dia ditawarkan pergi ke Kuwait bagi memantau pembinaan kilang minyak.
Dia mendapati semua urusan perniagaan harus menggunakan bahasa Inggeris menyebabkan dia mula murung.
Kemurungannya semakin teruk selepas syarikat menghantar dia membuat lawatan awal 10 hari pada Oktober.
Dia mendapat rawatan perubatan dari pelbagai institusi sejak Julai, dan didiagnosis sebagai mengalami ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆÅkemurungan yang terukĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć¢āĀ¢ yang mengakibatkan sakit dada, kesukaran tidur, sakit perut dan cirit-birit.
Menurut catatan doktor: ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āDia mengalami tekanan hebat kerana tidak pandai berbahasa Inggeris dan bimbang kekurangannya itu merosakkan kerjayanya, imej syarikat dan reputasinya sendiri.ĆĀ¢Ć¢āĀ¬ĆĀ
Lima bulan kemudian, dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus, tetapi menolak kerana tidak mampu berbahasa Inggeris. Dia tidak dihantar ke luar negara sebaliknya diminta berpindah ke pejabat lain bermula 1 Januari 2009.
Sehari sebelum dia membunuh diri pada 28 Disember 2008, Oh memberitahu isterinya dia hilang keyakinan dan berkata, ĆĀ¢Ć¢āĀ¬Ć āKetua jenis apa saya ini? Saya mahu mati. – Agensi
https://www.youtube.com/watch?v=ijzgntNdeKE