Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hari 6: Tiba-Tiba Anwar...

Masuk hari keenam perbicaraan rayuan kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim, suasana...

Wajib Bogel Untuk Masuk...

CANBERRA — Lazimnya ketika menghadiri sesebuah pameran karya seni, pengunjung perlu berpakaian kemas namun,...

Sedih Kes Kecuaian Penjagaan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

AirAsia X Bawa 4.69...

KUALA LUMPUR - AirAsia X Bhd (AAX) membawa 4.69 juta penumpang dalam tahun...

Cabaran Ekuinoks – Malaysia Sedia Hadapi Cuaca Panas Melampau

Menurut pakar dalam pengkhususan cuaca, Malaysia dijangka akan menghadapi pemanasan global dan fenomena ekuinoks sehingga bulan April depan.

Fenomena semula jadi ini bukanlah pertama kali terjadi, malah ia dilaporkan berlaku sebanyak dua kali dalam setiap tahun iaitu sekitar Mac dan September.

[BERKAITAN: Bomba Kedah Siap Sedia Hadapi Fenomena Musim Panas]

Equinox-0

Merujuk sumber, ekuinoks merupakan fenomena yang mana matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa pada suhu paling panas terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Memetik kenyataan Pengarah Institut Sains dan Teknologi Spatial, Profesor Dr. Mazlan Hashim dalam portal Astro Awani, beliau berkata fenomena tersebut akan menyebabkan waktu siang lebih panjang dari waktu kebiasaan.

PROF-DR-MAZLAN-BIN-HASHIM

Disebabkan penipisan lapisan ozon kini, maka keterdedahan cahaya matahari pada waktu tersebut akan menyebabkan bahang suhu menjadi lebih tinggi, terutamanya sekitar 12 tengah hari sehingga 3 petang.


Ujar Dr. Mazlan, “Pada masa ekuinoks ini sebenarnya, matahari akan berada dekat dengan kita dengan Khatulistiwa.

“Jadi apa yang berlaku ialah kita akan mempunyai masa siang yang lebih panjang antara 16 hingga 34 minit tetapi secara tepatnya, kalau kiraan dibuat kita akan tahu, tapi dalam lebih kurang 16 hingga ke 34 minit.

“Bila berlaku siang ini lebih panjang, sudah tentu pendedahan cahaya matahari itu lebih dan dengan keadaan sekarang ini dengan lapisan ozon yang semakin menipis, kita akan mendapat lebih cahaya, lebih tenaga matahari, suhunya akan meningkat lebih tetapi setakat ini, belum ada amaran dikeluarkan sama ada suhu yang kritikal pada waktu ekuinoks ini ataupun tidak.”

Malaysia kini sedang berada pada musim peralihan Monsun Timur Laut yang menyebabkan kebanyakan kawasan kurang menerima hujan sekaligus mengakibatkan cuaca menjadi panas dan kering. – MYNEWSHUB.CC

Laporan Harian Metro – Cuaca Panas Dijangka Sehingga April Depan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori