Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Apa Sudah Jadi? Muhyiddin...

KUALA LUMPUR - DAP tidak pernah berhasrat untuk menjatuhkan UMNO melalui 'deklarasi rakyat',...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Syarikat yang mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah...

UMNO Terbukti Lebih Baik...

Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan dasar diambil kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika ini...

Penyokong Pakatan Terperangkap Tipu...

KUALA LUMPUR - Mengapa apabila ada bahaya tipu daya musuh Allah terhadap agama...

Caj Perkhidmatan Bukan Cukai Kerajaan

KUALA LUMPUR – Caj perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna selama ini bukan cukai kerajaan, sebaliknya caj yang dikenakan oleh perniagaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Sehubungan itu katanya pengguna berkemungkinan tetap dikenakan caj itu apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai 1 April ini.

Mengikut Chua, ketika ini perniagaan restoran misalnya mengenakan kedua-dua cukai perkhidmatan dan caj perkhidmatan.

“Cukai perkhidmatan ini akan diganti dengan GST namun caj perkhidmatan tetap ada,” katanya selepas perbincangan meja bulat mengenai GST antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, di sini hari ini.

“Caj perkhidmatan bukan pendapatan kerajaan. Ia dicaj oleh perniagaan. Syarikat mungkin masih mengenakan caj ini selepas pelaksanaan GST,” katanya yang diminta mengulas mengenai tanggapan salah bahawa caj perkhidmatan adalah satu bentuk cukai dan dikenakan oleh kerajaan.

Sementara itu, Chua memberi jaminan kerajaan tidak akan mengenakan penalti kepada syarikat yang melakukan kesilapan yang tidak disengajakan dalam tempoh dua tahun pertama pelaksanaan GST.


Katanya antara kesilapan itu ialah perhitungan kurang tepat berikutan masalah perisian.

“Buat permulaan kerajaan tidak akan mengenakan denda, malah audit yang akan dilakukan pihak kastam adalah bertujuan memberi nasihat dan panduan,” katanya.

Audit itu akan diadakan sepanjang tempoh dua tahun pertama pelaksanaan GST. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori