Memphis – Seorang lelaki berusia 28 tahun, Thomas Standley ditahan selepas cuba mengasari teman wanitanya yang berusia 93 tahun, hanya disebabkan warga emas itu enggan makan ubat.
Standley didakwa mencekik dan memegang tangan kekasihnya itu menyebabkan wanita tersebut menjerit kesakitan.
Standley didakwa berbuat demikian kerana bengang dengan kekasihnya.
Jeritan berkenaan kemudiannya didengari oleh anak perempuan warga emas tersebut yang kebetulan dating melawatnya. Dia membuat laporan polis.
Warga emas itu juga mendakwa kekasihnya cuba memaksa dia menandatangani surat penyerahan kuasa. Dia juga sukar untuk memutuskan hubungan mereka.
Standley akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.