Baru sehari tiba di kota Madinah bagi menunaikan ibadah Umrah, pelakon cantik Rozita Che Wan dan suaminya, aktor Zain Saidin mula berkongsi gambar buat tatapan peminat.
[TERDAHULU: Rozita Che Wan Hadiahkan Zain Saidin Pakej Umrah]
Baik Che Ta mahupun Zain, pasangan romantis ini memuat naik beberapa keping gambar di ruangan Instagram, berlatarbelakangkan Masjid Nabawi dan persekitaran kawasan tempat tinggal mereka.
Tenang dan damai sungguh melihat pasangan romantis itu melunaskan impian mereka untuk mengerjakan Umrah bersama-sama.
Namun biasalah, hati mana tak rindu apabila bayi kecil seawal usia beberapa bulan terpaksa ditinggalkan di Malaysia selama beberapa minggu.
Menerusi akaun Instagram Zain, bapa kepada Aaisyah Dhia Rana itu meluahkan kerinduannya terhadap bayi comelnya.
Turut tidak ditinggalkan, ucapan sama dituju untuk kedua-dua anak tirinya hasil perkahwinan Che Ta sebelum ini iaitu Ammar dan Aniq.
Melalui ruangan komen pula, ramai peminat turut bersyukur dan meninggalkan ucapan tahniah kepada Che Ta dan Zain.
Ada segelintir pula memuji penampilan sederhana teraju utama siri Kiah Pekasam itu. Yelah, walaupun tanpa olesan alat solek dan ‘bulu mata plasu’, Che Ta tetap tampil berseri!
Apa-apapun, buat Rozita Che Wan dan Zain Saidin, selamat menunaikan ibadah Umrah dan semoga dikurniakan kesihatan yang bbaik sepanjang berada di sana.
– MYNEWSHUB.CC
Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan, Episod Rozita Che Wan
https://www.youtube.com/watch?v=2DkliRiwjXg