Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Yakin Dapat Baby Girl,...

PASANGAN suami isteri mana yang tidak teruja selepas mendapat tahu bahawa mereka bakal...

Kamal Adli Nafi Punca...

HAI, kesian sungguh nasib Kamal Adli yang tak pasal-pasal dituduh sebagai orang ketiga...

Video: Selepas Makan KFC,...

Sekiranya anda dihidangkan dengan sejumlah makanan yang mempunyai 10 ribu kalori, mampukah anda...

Isu Kuil: Diminta Akur...

KUALA LUMPUR - Individu yang mendakwa pentadbir sah kuil Sri Maha Mahariamman di...

Contohi Pendekatan Nabi Muhammad Dalam Soal Perpaduan

KUANTAN – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bertitah menyeru umat Islam di negeri ini agar mencontohi perjuangan Nabi Muhammad SAW yang sentiasa meletakkan soal perpaduan sebagai agenda utama umat Islam.

“Umat Islam hendaklah mengambil contoh daripada perjuangan Rasulullah SAW dalam soal perpaduan agar pendekatan baginda dapat dilaksanakan di negara ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama kerajaan negeri, yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini,

Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Kalsom, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Baginda bertitah, kesedaran pentingnya perpaduan dan penyatuan di kalangan masyarakat amat diperlukan demi mencapai matlamat menjadikan orang Islam sebagai umat yang cemerlang.


Sementara itu, Adnan meminta ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau serta mengawasi anak-anak mereka agar tidak terpengaruh dengan ajaran songsang yang kian menular melalui laman sosial masa kini.

Beliau menjelaskan ramai di kalangan belia kini taksub dengan ajaran agama Islam di internet tanpa menyedari ada yang menyeleweng sehingga menimbulkan kekeliruan seterusnya merosakkan akidah.

“Berita penahanan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang kerana dipercayai terbabit dalam kumpulan militan IS di Syria baru-baru ini amat mengejutkan kita.

“Remaja terbabit dipercayai terpengaruh dengan individu yang baru dikenalinya melalui laman sosial dan ini menunjukkan penggunaan internet yang mendatangkan faedah juga boleh memudaratkan jika disalah guna,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori