Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Pentauliahan Mikro Bantu Komuniti...

Pentauliahan Mikro atau lebih dikenali sebagai Micro-Credentials (MC) adalah inisiatif baharu di bawah...

Tee Keat Saman Robert...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Kiat memfailkan saman...

Cara Zahid Kenang Kezaliman...

MEMANG aneh apabila nama Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak disebut oleh tokoh-tokoh UMNO berprofil...

Kejayaan JDT Bukan Nasib...

KEJAYAAN cemerlang dipamerkan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam mendominasi bola sepak Liga...

Culik Wanita Kerana Rimas Diajukan Soalan Kahwin

CHINA – Selepas diasak oleh ibu bapanya kerana masih belum berkahwin, seorang lelaki Liu Hung, 32, telah menculik seorang wanita dengan hasrat untuk memperdayakan ibu bapanya bahawa dia sudah berkahwin.

Liu, menunggu di tepi jalan dan apabila melihat calon isteri yang sesuai, dia kemudiannya menculik wanita itu dan membawanya ke rumah. Selepas mengikat tangan dan menutup mulut wanita itu, Liu telah mengatur majlis perkahwinan.

Bagaimanapun wanita berkenaan berjaya membuka ikatan di tangannya dan dengan menggunakan telefon di rumah Liu, dia menghubungi teman lelakinya.

Polis berjaya mengesan kedudukan wanita tersebut melalui nombor telefon yang digunakannya.


Pihak berkuasa kemudiannya menangkat Liu di rumah ketika dia membawa balik dokumen perkahwinan mereka.

Setelah ditangkap, Liu mengaku berbuat demikian kerana hanya dia seorang dalam keluarganya yang belum berkahwin dan ini menyebabkan kesukaran kepadanya ketika pulang ke kampung.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori