Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Gambar Sharifah Sakinah Dedah...

KUALA LUMPUR - Pelakon Isteriku Dari Neraka, Sharifah Sakinah sekali lagi mencuri tumpuan...

Patung Dewi Keadilan Cetus...

DHAKA – Umat Islam Bangladesh kembali menganjurkan tunjuk perasaan secara besar-besaran menuntut patung...

Bambang Kagum Corak Permainan...

KUALA LUMPUR - Pemain Persija Jakarta, Bambang Pamungkas mengakui pasukan Johor Darul Ta'zim...

Bicara 1MDB Najib Bersambung...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tuduhan rasuah...

My Dad Is A Liar, Kisah Pengorbanan Seorang Ayah

IMPIAN setiap ayah di dunia ini sudah pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Ia bukanlah suatu pekerjaan yang mudah, apatah lagi jika tidak mempunyai pekerjaan tetap bagi menyara perbelanjaan keluarga.

Tidak kira dari segi wang ringgit, makanan, pakaian, tempat tinggal dan pelbagai lagi.

Seorang ayah akan bekerja seharian siang malam dan akan hilang penatnya apabila melihat anak tersenyum riang setiap hari.

Inilah yang telah berlaku dalam kisah kali ini.

Seorang ayah ini sanggup menipu demi memastikan anaknya sentiasa gembira.

https://www.youtube.com/watch?v=3bdm4NBYxII


Ayah pandai berpura-pura!
Pura-pura ada kerja!
Pura-pura ada duit!
Ayah berpura-pura kerana saya!

Bait-bait perkataan di dalam surat yang diberikan oleh si anak kepada ayahnya membuatkan kami terkedu seketika.

Jika sudah habis menonton, apa salahnya kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa-doa kepada kedua ibu-bapa kita.

Kalau sudi, telefonlah sekali.

Tanya khabar mereka, walau kita tahu mereka tidak akan cerita luka di dada.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori