Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MaxisONE Tanpa Had Dengan...

KUALA LUMPUR - MaxisONE telah melancarkan tiga tawaran baharu iaitu penstriman tanpa had...

Kenapa Beri Pokok? Frim...

KUALA LUMPUR - Tapak semaian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (Frim) di Kepong membekalkan sebahagian...

1MDB Hormati Hak BNM...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menghormati sepenuhnya hak Bank Negara Malaysia...

Badan Pengguna Sokong BN...

SOKONG... Cadangan Barisan Nasional (BN) Selangor untuk hapus caj beg plastik 20 sen...

Dana RM10,000 Kepada NGO Didik Rakyat Mengenali GST

KUALA LUMPUR – Peruntukan sehingga RM10,000 akan diberi kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu kerajaan mendidik rakyat mengenai Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, dana itu akan disalurkan menerusi Kementerian Kewangan dan NGO berkenaan perlu membuat permohonan sebelum 1 April ini.

“NGO itu perlulah memohon terlebih dahulu kepada kementerian untuk mengadakan sesi-sesi ini dan jika perlu, saya sendiri akan turun padang,” katanya selepas sesi taklimat GST kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), di sini, hari ini.

Ahmad berkata dana itu adalah lebihan daripada peruntukan yang diberi kerajaan. Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah tersebut.

Selain itu, mengulas senarai ubat-ubatan yang dikenakan GST, beliau berkata kerajaan masih lagi meneliti jenis ubat yang tertakluk kepada cukai tersebut.

Sehingga kini, katanya, sebanyak 2,900 ubat-ubatan yang wajib ada di hospital kerajaan dan swasta, telah dikecualikan GST.


“Kerajaan masih belum memuktamadkan senarai ubat-ubatan ini dan akan mengkaji senarai tersebut daripada semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Penaung Persatuan Kesihatan (L) Pink Ribbon Puan Sri Maniseh Adam, pula menyarankan kerajaan supaya mempertimbangkan pengecualian GST ke atas semua ubat-ubatan di negara ini.

“Ini dapat meringankan beban pesakit yang bergantung kepada ubat kerana menghidapi penyakit seperti barah,” katanya.

Maniseh turut mencadangkan supaya kajian teliti dijalankan terhadap saranan konsultansi doktor dan pembelian ubat diasingkan sebelum ia dapat dilaksanakan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori