Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Guru Agama Rogol Murid...

BANJARBARU - Keji! Ibarat harapkan pegar, pegar makan padi. Itulah perumpamaan yang sesuai...

JDT Tidak Guna Khidmat...

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak akan mengambil pemain ternama dunia...

Tiada Kesan Negatif Bina...

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk membina kapal misi pesisir (LMS) di China...

Dr MAZA Dilantik Mufti...

TOKOH Islam Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kembali dilantik sebagai Mutfi Negeri...

DAP Jangan Halang Hak Rakyat Kelantan Mahu Hudud – PAS

KUALA LUMPUR – Rakyat Kelantan berhak melaksanakan apa yang terkandung dalam ajaran Islam untuk kehidupan mereka.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat berkata, DAP tidak wajar mempersoalkan kehendak rakyat Kelantan tersebut.

“Masuk penggal keenam PAS mentadbir Kelantan. Tahap penerimaan rakyat Kelantan terhadap hudud sudah semakin tinggi.

“Saya tertanya-tanya jika suatu masa tahap kesedaran umat Islam di Pulau Pinang terhadap undang-undang jenayah syariah ini semakin tinggi, adakah DAP selaku kerajaan negeri tidak akan melayan permohonan mereka ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Gobind semalam menegaskan PAS bukan lagi sebahagian daripada gabungan pakatan rakyat jika terus membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac 2015.

Gobind Singh dipetik berkata, undang-undang hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama gabungan tiga parti pembangkang itu iaitu DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Mengulas lanjut, Suhaizan berkata, amaran oleh DAP itu menunjukkan parti berkenaan masih mengendalikan isu itu dalam konteks ketegasan dan bukan bertolak ansur.

Menurutnya, sepatutnya isu melaksanakan hudud di Kelantan itu tidak menggugat kerjasama politik dalam pakatan rakyat seperti dalam isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang.

“Terimalah hakikat, majoriti umat Islam kini menuntut undang-undang ini perlu dilaksanakan,” tegasnya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori