Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pilihan Raya Umum, Negeri...

PUTRAJAYA - Pilihan Raya Negeri (PRN) ataupun Umum (PRU) tidak sesuai diadakan pada...

Hapus Levi AP Untuk...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mencadangkan supaya...

MH17: 5 Negara Utama...

NEW YORK - Lima negara yang menyiasat nahas pesawat MH17 milik Malaysia Airlines...

Xavi Berang, Kecewa Barcelona...

XAVI berang dan kecewa berikutan penyingkiran Barcelona daripada saingan Liga Juara-Juara awal pagi...

DAP Tidak Wakili Semua Bukan Islam – PAS

KUALA LUMPUR – DAP tidak mewakili suara semua bukan Islam di negara ini, tegas Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Justeru, kata Muhammad Khalil, Ketua Biro Undang-Undang DAP Kebangsaan, Gobind Singh Deo tidak sepatutnya menggugut PAS bukan lagi dalam pakatan rakyat jika meneruskan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac ini.

“Hudud adalah sebahagian daripada agenda perjuangan Islam PAS yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.

“Namun bagi saya dari sudut pandangan bukan Islam terhadap enakmen jenayah syariah ini; DAP bersuara seolah-olah semua bukan Islam tidak bersetuju dengan enakmen ini sedangkan hakikatnya tidak begitu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Muhammad Khalil menegaskan, masyarakat bukan Islam di Kelantan dan luar Kelantan bersetuju undang-undang hudud hanya untuk penganut Islam dan dapat melihat kebaikan pada undang undang itu.

Gobind sebelum ini menegaskan PAS bukan lagi sebahagian daripada gabungan pakatan rakyat jika terus membentangkan rang undang-undang pindaan hudud pada 18 Mac 2015.

Gobind Singh dipetik berkata, undang-undang hudud bukan sebahagian daripada dasar bersama gabungan tiga parti pembangkang itu iaitu DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori