SEKITAR minggu ini, kota fesyen New York menjadi sibuk dengan Minggu Fesyen New York (NYFW) yang memaparkan koleksi terbaharu rekaan pereka fesyen terkenal dari serata dunia.
Antara yang terlibat memperagakan koleksi pakaian mereka ialah selebriti terkenal, Victoria Beckham yang mempertaruhkan koleksi musim luruh 2015 di kota Big Apple itu.
Yang menariknya, kesemua ahli keluarga Beckham turut hadir pada majlis itu demi menunjukkan sokongan mereka terhadap Victoria.
David Beckham dilihat berada di seat hadapan bersama anak-anaknya, iaitu Harper Seven yang dipangku bekas bintang bola sepak terkenal itu, anak sulung, Brooklyn, Romeo, Cruz dan juga editor Vogue, Anna Wintour.
Victoria turut memuatnaik satu foto penghargaan, “love having my family with me” di atas sokongan ahli keluarga yang memahami kecintaannya terhadap dunia rekaan fesyen.
Jom layan gambar The Becks yang super adorable ni! – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=BpTKNxMWg3Q