Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jadual Padat Jejas Beregu...

PETALING JAYA - Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong mengakui prestasi...

Mesej Berantai Whatsapp Cetus...

WHATSAPP dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya terkejut dengan rentetan pembunuhan tanpa undang-undang di...

Pandemik Covid-19 Masih Belum...

PANDEMIK koronavirus (Covid-19) masih belum berakhir.Amaran itu dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika...

25 Sungai Di Malaysia...

PUTRAJAYA: Sebanyak 25 daripada 672 sungai di negara ini berada dalam kategori tercemar,...

Dewan Ulama PAS Akan Kaji Kerjasama Tahaluf Siyasi

DEWAN Ulama PAS akan mengkaji kerjasama tahaluf siyasi yang dilaksanakan dengan parti-parti sekutu di dalam Pakatan Rakyat antara PKR dan DAP.

Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Ahmad Yaakob berkata ia perlu untuk memperbaiki beberapa aspek dari semasa ke semasa.

Ahli-ahli parti PAS juga diingatkan supaya tidak mengenepikan dasar parti demi mencapai tujuan bersama dalam tahaluf berkenaan.

BACA – DAP Jangan Campur Urusan Kerajaan Negeri – PAS Kelantan

“Jangan sampai berlaku prinsip-prinsip Islam dibiarkan tidak dipertahankan demi menjaga tahaluf siyasi,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Ahmad berucap di hadapan kira-kira 1,000 ahli PAS pada Multaqa Ulama Malaysia kali ke-2 di Serdang hari ini.

Beliau berkata tiada pembatalan akan berlaku dalam kajian itu dan mahu semua pihak jangan menyelar langkah yang diambil oleh Dewan Ulama PAS itu.

Menurut Ahmad, sesebuah tahaluf itu boleh dileraikan sekiranya ia dilihat telah dirosakkan oleh pihak rakan tahaluf yang lain.

“Ini disebabkan pengkhianatan dalam tahaluf adalah jalan kepada kemusnahan kekuatan tahaluf dan tiada lagi manfaat kepada tahaluf itu,” katanya.

Bagaimanapun, tegasnya PAS memutuskan akan tetap bersama dengan tahaluf siyasi dengan rakan-rakan dari komponen parti dalam Pakatan Rakyat.


Kerjasama antara PAS, PKR dan DAP kerapkali dilihat tegang dan panas sejak kebelakangan ini khususnya ketika konflik pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru pada ketika itu.

Pada ketika itu, Menteri Besar sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ingin digantikan dengan orang yang baru namun pada ketika itu PAS menyokong agar Abdul Khalid dikekalkan.

Lebih panas, gabungan PKR dan DAP pada ketika itu menyokong mahu meletakkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Wan Azizah adalah isteri kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhirnya selepas berminggu-minggu kemelut itu berterusan, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Besar Selangor sehingga kini.

– MYNEWSHUB.CC

Video Penjelasan Tahaluf Siyasi 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori