Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mansuhkan Kuasa Menteri Untuk...

KUALA LUMPUR - Seorang pengamal cukai kanan telah meminta kerajaan memansuhkan seksyen 127...

Kerajaan Kelantan Tak Mampu...

KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan tidak mampu membantu sepenuhnya Persatuan Bola Sepak Kelantan...

1 Kes Pasang Jalur...

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menerima satu laporan berhubung pemasangan Jalur Gemilang...

“Kekeliruan Selesai Selepas ‘Meletop’...

SEMALAM kecoh netizen mengenai sikap pelakon Fattah Amin yang pada saat-saat akhir tidak...

IS Di Libya Dakwa Penggal 21 Rakyat Mesir Beragama Kristian

KAHERAH – Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengeluarkan satu klip video hari ini menunjukkan kononnya mereka memenggal 21 rakyat Mesir beragama Kristian, sehingga memaksa presiden negara itu mengancam mengenakan hukuman setimpal terhadap pembunuh terbabit.

Presiden, Abdel Fattah Al-Sisi berkata, negaranya berhak menghukum pembunuh itu ketika beliau memanggil mesyuarat ketua-ketua keselamatan dan mengisytiharkan tujuh hari berkabung selepas video berkenaan tersiar di media sosial.

Rakaman dikeluarkan militan IS itu menunjukkan 21 tebusan memakai jaket oren dalam keadaan tangan bergari bersedia dipenggal kepala oleh orang berbaju hitam.

Kumpulan militan itu mendakwa rakaman itu diambil di kawasan pantai di wilayah Tripoli, Libya.

Dalam perkembangan terkini menerusi majalah online IS Dabiq, kumpulan itu mendakwa jumlah tebusan sama terdiri daripada rakyat Mesir kini berada di Libya.

Gereja Coptic mengeluarkan kenyataan menyuarakan keyakinan pembunuh akan dibawa ke muka pengadilan selepas mengesahkan mereka yang dipenggal adalah ‘Mesir Copts’, sementara Al-Azhar, pusat pengajian Islam paling berprestij di Kaherah mengutuk pembunuhan tidak bertamadun itu.


Televisyen Mesir menyiarkan beberapa rakaman dari video IS menunjukkan tebusan berarak bersama kumpulan militan itu di kawasan pantai, tetapi tidak memaparkan klip ketika memenggal kepala.

“Mesir berhak untuk bertindak balas dalam apa cara dan masa sekalipun untuk menghukum pembunuh ini,” kata seorang orang awam yang jelas marah ketika menonton ucapan Al-Sisi di televisyen.

Badan keselamatan negara itu bermesyuarat di Kaherah termasuk Al-Sisi, menteri pertahanan serta komander tentera. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=ullmrNLleCc

  • Lagi berita berkaitan:
  • IS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori