Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pencuri Pecah Masuk Pejabat...

SIBU - Pencuri memecah masuk pejabat dua wakil rakyat DAP, anggota Parlimen Lanang...

Lebuhraya PIL 1, LRT...

GEORGE TOWN - Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL 1) dan Transit...

Pusat Kawalan Daesh Di...

MARAWI - Tentera Filipina berjaya menawan pusat kawalan pemberontak yang disokong militan Daesh...

Tiada Rancangan Lesen, Kawal...

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) tiada rancangan untuk melesenkan atau mengawal...

Disogok Soalan ‘Escort Girl’, Tasha Hantar Surat Amaran!

Hujung minggu lalu, sebuah program hiburan popular menemubual aktres TV, Tasha Shila tentang dakwaan segelintir pihak tentang penglibatannya sebagai ‘escort girl’.

Menerusi wawancara tersebut, Tasha menafikan khabar angin itu lantas berkata, dia tidak teragak-agak untuk menggunakan saluran mahkamah andai ada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan aktiviti sumbang tersebut.

Tasha-Shilla-Mengakui-Sedang-Rapat-Dengan-Hans-ROTIKAYA

Ya lah, siapa tak amuk kalau dituduh sebagai ‘escort girl’ dan memperolehi kemewahan dengan menjadi ‘peneman’ golongan atasan, kan?

[ARTIKEL TERDAHULU: WOW… Biar Betul Tasha Shila Antara 10 Artis Jadi ‘Escort Girl’]

 

Terkesan dengan tuduhan tersebut, Tasha sekali lagi tampil membuat sidang media bagi menjelaskan kedudukan sebenar dan membersihkan namanya yang tercalar.

Bertempat di Bangsar, pelakon tersebut yang ditemani peguamnya, Fahda Nur Ahmad Kamar mengharapkan agar kisah sensasi membabitkan dirinya dengan kegiatan tidak bermoral itu dapat dihentikan.

tasha.transformed_0

Memetik kenyataannya dalam Berita Harian, “Saya mahu orang tahu saya ambil serius dalam semua hal. Jangan orang ingat gosip dan kontroversi melanda ini saya ambil endah tak endah.

Saya faham skop kerja wartawan dan beri kerjasama. Cuma jangan pantas melihat kerjasama ini sebagai ruang untuk memanipulasi atau seolah-olah saya melakukan perkara itu.


Saya sudah 28 tahun dan bukan lagi masa untuk bermain-main. Berlakon punca rezeki saya. Saya tak mahu benda tak elok dikaitkan tanpa bukti yang kukuh.”

Ujaran tersebut dinyatakan Shila ekoran soalan yang diajukan wartawan program berkenaan yang mengaitkan dirinya sebagai salah seorang dari 10 selebriti yang terlibat sebagai ‘escort girl’.

Saya tak pernah terfikir untuk membawa hal ini sampai ke peringkat saman menyaman program TV itu. Saya adakan sidang media ini bersama wartawan pun sekadar menjelaskan perkara sebenar.

Benda ini boleh dibawa berunding dan saya mahu perbetulkan apa yang patut diperbetulkan. Saya tak mahu memanjangkan hal ini dan mahu selesai secara baik.

Isu ini berkaitan jenayah dan bukan soal gosip semata-mata apabila saya dikatakan turut disiasat polis kerana aktiviti ini.”

Bercakap mewakili pelakon tersebut, peguamnya berkata, pihaknya sedang membuat pertimbangan untuk menghantar surat amaran dan peringatan kepada program TV berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Laporan Berita Sensasi – Buah Dada Tasha Shila Tak Original?

https://www.youtube.com/watch?v=_uuPpF5d7EA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori