Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penamatan Kontrak Pegawai YPKDT...

JOHOR BAHRU - Penamatan kontrak 65 pegawai penyelaras dan pegawai penggerak Yayasan Pembangunan...

Najib Terima Elaun Khas...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib...

Pulangan Prasarana Dijangka Cecah...

KUALA LUMPUR - Pulangan ekonomi yang bakal dijana Prasarana Malaysia Bhd tahun ini...

Tua Ke Saya Hingga...

HUBUNGAN cinta yang terjalin antara pelakon jelita, Izara Aishah dengan anak tiri Datuk...

Ditinggalkan Kekasih Muda Selepas Berhabisan RM40,000

Seorang wanita tidak menyangka percintaannya dengan lelaki yang 20 tahun lebih muda daripadanya rupa-rupanya hanyalah satu penipuan semata-mata.

Tracey Jackson, 48, telah berhabisan hampir RM40,000 untuk menyara dan membeli pelbagai hadiah untuk Atef Khadhraoui, 28, yang merupakan seorang warga Tunisia.

Kedua-duanya mula berkenalan menerusi sebuah laman cari jodoh dan Tracey mengaku dia jatuh cinta kerana sikap lelaki itu yang dilihat begitu terbuka menerima dirinya biarpun bergelar janda anak dua.

Ditinggalkan Kekasih Muda Selepas Berhabisan Hampir RM40,000

Bagaimanapun, selepas empat tahun bercinta, wanita itu mula berasa curiga kerana Atef begitu kerap meminta wang daripadanya dengan pelbagai alasan, selain pernah melihat dia menari dengan wanita lain sewaktu majlis pertunangan mereka.

Namun, lelaki itu begitu pandai memujuk sehingga Tracey kembali ‘cair’.

Tembelang Atef akhirnya pecah apabila wanita itu menerima mesej daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Mariem di Facebook.

“Dia memberitahu bahawa Atef merupakan kekasihnya dan dia hanya menggunakan saya untuk mendapatkan wang. Apabila saya melihat gambar profailnya, saya terkejut kerana Mariemlah gadis yang menari bersama Atef sebelum ini.

“Saya rasa seolah-olah sedang mengalami mimpi ngeri. Tetapi, apabila saya meminta penjelasan Atef, dia memberitahu Mariem hanya gadis bodoh yang meminatinya,” katanya, memetik Mirror.

Pada 14 Januari lalu, Tracey akhirnya menemui kebenaran apabila melihat gambar sijil perkahwinan yang dimuatnaik oleh tunangnya itu di laman Facebook.


Menurutnya, lelaki itu hanya ketawa apabila diminta memberi penjelasan dan tidak pernah memohon maaf kepadanya sehingga ke hari ini.

Ditinggalkan Kekasih Muda Selepas Berhabisan Hampir RM40,000

Sementara itu, Atef yang ditemui media meminta agar Tracey melupakannya.

“Saya sudah berkahwin dengan kekasih saya. Saya tak perlukan Tracey dan saya membayar kos majlis perkahwinan dengan wang saya sendiri,” katanya.

Oh, pedihnya… – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=PMsohU2MJKY

Oleh: Elza

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori