Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PRK DUN Semenyih: UMNO...

UMNO disaran supaya menampilkan calon muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

SPRM Perangi Rasuah Sebagaimana...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus melipatgandakan usaha memerangi...

Petrol Percuma Untuk Penunggang...

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan akan memberi bantuan petrol...

CNY: 300 Anggota KPDNKK...

ALOR SETAR - Hampir 300 anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan...

Dituduh Larikan Duit, Azad Jasmin Buat Laporan Polis

Pelakon komedi, Azad Jasmin telah membuat satu laporan polis petang semalam terhadap siri tuduhan fitnah oleh pemilik Rania Marketing terhadapnya dalam program gosip, Melodi dan Galaksi.

Jelas Azad, dakwaan pasangan pemilik syarikat tersebut, Datuk Suhaimi Othman dan Datin Muniroh Shuhaimy bahawa dirinya melarikan sejumlah wang adalah tidak benar.

[ARTIKEL TERDAHULU: Penipuan MLM, Eira Dan Azad Bakal Adakan Sidang Media?]

Memetik kenyataannya dalam Berita Harian, “Jika pihak mereka nak saman saya dan yang teraniaya dipersilakan. Kami di pihak yang benar. Kami ada bukti untuk bawa hal ini ke tengah.

Setakat ini kami ambil pendekatan tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan mereka selepas ini, mereka yang melatah dulu dan menimbulkan provokasi.

Kami boleh saman malu terhadap mereka. Usaha untuk menyelesaikan perkara berbangkit sebelum ini berakhir dengan kesudahan yang mengecewakan.”

SIDANG MEDIA AZAD JAZMIN DAN EIRA SYAZIRA

Azad dan pasangannya yang juga pelakon, Eira Syazira sebelum ini dilaporkan menyertai satu perniagaan berkonsepkan rangkaian pemasaran di bawah Rania Marketing namun mula mencurigai perniagaan tersebut setelah tiga bulan bersama.


Saya teruja dengan apa yang ditawarkan syarikat ini kerana berhasrat mahu membantu bangsa Melayu yang lain… tetapi nampaknya semuanya hanya janji manis.

Saya rasa bertanggungjawab kerana hampir 1,000 orang di bawah saya pun tak dapat pulangan. Kali terakhir saya dapat cek bernilai RM800. 

Bayangkan dengan jumlah itu saya perlu bahagi kepada mereka di bawah saya,” katanya lagi dalam satu temubual bersama akhbar berkenaan.

Mula menyertai perniagaan berkenaan sejak 7 Mei lalu, Azad bagaimanapun memaklumkan, dia sudah menarik diri sejak awal bulan lalu. – MYNEWSHUB.CC

Laporan Awani – Azad Jasmin Dan Eira Syazira Tak Berhenti Berlakon, Sibuk Berbisnes (Julai 2014)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori