Inilah contoh bapa yang tak bertanggungjawab! Hanya kerana tidak membawa balik rokok yang dipesan, seorang bapa sanggup mendera anak kandung sendiri.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Sikamat, Seremban dan menimpa seorang kanak-kanak malang berusia enam tahun yang ditumbuk di bahagian muka, dipukul dan dilibas dengan tali pinggang.
Pihak polis yang menerima aduan kemudiannya datang menyelamatkan budak tersebut yang lari ke rumah jirannya.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Zaki Harun berkata, mangsa diselamatkan pada jam 11.3o pagi semalam (Rabu) di rumah jirannya itu.
Memetik kenyataan Muhamad Zaki di Berita Harian, “Mangsa yang melarikan diri ke rumah jirannya memberitahu dipukul pada muka selain dilibas dengan tali pinggang pada tubuh oleh bapanya.”
Ujarnya lagi, menurut siasatan awal, pihak polis mendapati, suspek mengarahkan mangsa membelikannya rokok tanpa memberikan wang.
“Apabila mangsa pulang tanpa rokok, suspek menumbuk muka mangsa, memukulnya menggunakan tali pinggang dan menendang dadanya sebelum menghalaunya keluar.”
Kanak-kanak tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk menerima rawatan manakala suspek ditahan untuk siasatan lanjut. – MYNEWSHUB.CC
Guru Dera Kanak-Kanak Sehingga Retak Kaki Di Singapura
https://www.youtube.com/watch?v=c9vYEBHt2Hg