Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pengantin Diseret Kerana ‘Gila’...

GARA-GARA tidak mahu meninggalkan permainan video dalam talian League Of Legends, seorang pengantin perempuan...

Kisah Jemaah Tabligh Masjid...

LABUAN - Bagi Umar Faruq (bukan nama sebenar), 54, ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling,...

Erdogan Ketuai Dana Pelaburan...

ANKARA - Presiden Recep Tayyip Erdogan semalam, mengumumkan pelantikannya sebagai pengerusi dana pelaburan...

Speaker DUN Kelantan Umum...

KOTA BHARU : Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi...

Dua Beradik Dipenjara, Denda Cederakan Ahli Perniagaan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 setiap seorang ke atas dua beradik pada Khamis setelah mereka mengaku bersalah mencederakan seorang peniaga awal bulan ini.

S. Thirunavarasu, 26, seorang pemandu lori dan adiknya kelindan lori, S. Thenarasu, 24 didakwa bersama tiga lagi yang masih bebas, mencederakan G. Jothi, 23, menggunakan botol arak di luar Restoran Tai Kee, Taman Seri Sentosa, Brickfields di sini, pukul 1.30 pagi, 8 Feb lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan.

Majistret Saifulakmal Said memerintahkan hukuman itu bermula Khamis.

Saifulakmal berkata walaupun kedua-dua tertuduh mengaku bersalah dan terdapat tiga lagi yang terlibat dengan kejadian itu masih bebas, mereka masih bertanggungjawab atas kejadian itu kerana mereka juga terlibat sama.


Peguam Tharamjit Singh yang mewakili Thirunavarasu dan Thenarasu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan kedua-dua tertuduh telah berkahwin dan menanggung keluarga masing-masing.

“Mereka telah memberi kerjasama penuh ketika dipanggil oleh polis dan telah dibebaskan atas jaminan polis. Ini merupakan kesalahan pertama kedua-dua tertuduh dan pengakuan mereka telah menjimatkan kos dan masa mahkamah,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nom Phot Prack Dit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori