Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Talian Hayat, Pemain...

SEPANG - Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek mengakui ketiadaan jaguh...

BN Yakin Menang Berdasarkan...

REMBAU - Barisan Nasional (BN) yakin akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)...

Gadis Tunggang Motosikal Maut...

MALANG sememangnya tidak berbau.Demikian nasib seorang gadis yang maut digilis kereta di Jalan Kuching...

Pelajar Tahun 4 Dikhuatiri...

ALOR SETAR - Seorang pelajar tahun empat dikhuatiri lemas selepas dibawa arus ketika...

Dua Beradik Maut Motosikal Rempuh Belakang Lori

IPOH – Dua beradik maut apabila motosikal yang mereka naiki merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 8 Jalan Tapah-Changkat Petai di Tapah Road dekat sini, semalam.

Mangsa Zandery a/l Bah Salleh, 25, yang menunggang motosikal berkenaan dan abangnya, Juraimy a/l Bah Salleh, 29, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata kejadian pada 8.20 malam itu berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa dari Tapah menuju Pekan Tapah Road merempuh bahagian belakang lori berkenaan, yang diparkir di kiri jalan.

“Mangsa gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar belakang lori terbabit. Pemandu lori berhenti seketika untuk makan di sebuah kedai terletak di sebelah kanan jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Sungai Merbau di Tapah Road dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori