Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Gambar Tikus Besar Di...

Di bandar-bandar besar, memang biasa kelibat haiwan perosak iaitu tikus dilihat berkeliaran mencari...

Bayi Diletak Dalam Periuk...

NEW DELHI - Seorang bayi perempuan yang baru dikebumikan hidup-hidup di utara India.Ketua...

Tan-Lai Mara Ke Suku...

KUALA LUMPUR - Beregu campuran negara Tan Kian Meng/Lai Pei Jing meneruskan kejayaan...

“Saya Hanya Mahu Tuntut...

AWAL bulan lalu, heboh mengenai kisah dua orang artis yang berjaya ditipu oleh...

Dua Suspek Rompakan Ditembak Mati Di Tapah

IPOH – Polis menembak mati dua penjenayah selepas mengejar kereta dinaiki suspek hingga ke Jalan Sungai Kroh menghala ke Kampung Gajah di Tapah, awal pagi tadi.

Kedua-dua suspek berusia 42 dan 62 tahun ditembak anggota pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPK) Perak yang ditubuhkan bagi mengesan mereka selepas dipercayai terbabit dalam kes rompakan dan tembak di Ipoh pada Jumaat lalu.

Dua suspek itu dikesan dalam kereta di sekitar kawasan Tapah kira-kira jam 5 pagi tadi dan berlaku berbalas tembakan dengan seorang pegawai polis yang memakai baju kalis peluru turut terkena dua das tembakan tetapi tiada kecederaan serius.

Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui sepucuk pistol jenis Revolver .22 dengan empat peluru dan dua kelongsong serta sebilah parang.


“Dua suspek itu dikenali sebagai Wong Chun Ming, 42, yang memiliki 11 rekod jenayah dan rakannya, Lee Yoke Kong, 62, yang memiliki 15 rekod jenayah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, dua lagi rakan suspek sudah ditahan sebelum ini dan dengan tumpasnya kumpulan itu, kes rompakan di Ipoh itu berjaya diselesaikan. – Berita Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori