TIDAK diketahui apa motif sebenar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi kini timbul desakan untuk melantik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Ketua Umum PKR.
Beberapa keping gambar satu demonstrasi menuntut pelantikan Dr Mahathir disebarkan hari ini. Ia diadakan di hadapan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Tropicana, Petaling Jaya.
Mereka membawa beberapa sepanduk mahukan pimpinan parti membuat pelantikan berkenaan, kononnya ia adalah peluang keemasan bagi Pakatan Rakyat (PR) menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang.
BACA: Terima Apa Sahaja Keputusan Mahkamah Esok – Tun Dr Mahathir
Jika diimbas semula, satu masa sekitar tahun 1998 dahulu selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir, para penyokong Anwar menggelarkan bekas Perdana Menteri itu sebagai MahaFiraun.
Tup-tup dek kerana kepentingan politik, ada anggota PKR tanpa malu nak menagih simpati daripada Tun Mahathir bagi merealisasikan impian mereka untuk menawan Putrajaya pulak.
Sebenarnya tidak diketahui dari mana datangnya desakan berkenaan kerana jika difikirkan logik, agak mustahil pimpinan PKR mahu melantik orang yang memecat Anwar daripada berjaya menjadi Perdana Menteri memimpin mereka.
Namun jika benarlah hal ini dipertimbangkan PKR…dapat dilihat betapa murahnya maruah parti ini dalam soal perjuangan tanpa mengira luka lama yang diberikan kepada Tun Mahathir yang pernah digelar dengan segala macam nama keji ketika isu pemecatan Anwar dulu.
Anwar kini berada di Penjara Sungai Buloh bagi menjalani hukuman penjara selama lima tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
– MYNEWSHUB.CC
Ucaptama Ketua Umum PKR, Anwar Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 2013
http://youtu.be/cVUJygZEQf8