Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

GAMBAR: Pemandu Kantoi Guna...

DI zaman yang serba canggih ini, sila fikir banyak kali sebelum melakukan perkara...

Rakyat Perlu Rebut Peluang...

JOHOR BAHRU - Rakyat di negeri ini disaran merebut segala peluang yang diberikan...

Bahrain Pelawa Pelabur Malaysia...

KUALA LUMPUR - Bahrain, pintu masuk ke Teluk, mempelawa pelabur Malaysia untuk membuka...

3 Lagi Peruntukan Belanjawan...

KUALA LUMPUR - Peruntukan bagi Kementerian Luar, Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Perusahaaan Perladangan...

Ekspatriat Boleh `Overstay’ Sehingga 31 Mei – Imigresen

KUALA LUMPUR – Bakat-bakat asing yang berkerja di negara ini diberi moratorium atau penangguhan sementara daripada sebarang tindakan disebabkan `overstay’ bermula 10 Februari hingga 31 Mei ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (Imigresen), Datuk Mustafa Ibrahim berkata, kelonggaran itu diberikan kerana Imigresen sedang menambah baik Sistem Khidmat Ekspatriat (ESD) bagi urusan pas penggajian ekspatriat di negara ini.

“Oleh itu satu tempoh moratorium atau penangguhan sementara daripada sebarang tindakan disebabkan `overstay’ akan diberikan kepada ekspatriat terbabit berkuatkuasa dari 10 Februari hingga 31 Mei 2015,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustafa berkata, sehubungan itu pengeluaran Pas Khas (Gratis) akan diberikan kepada mereka yang terlibat sepanjang tempoh tersebut atas sebab-sebab berikut:

(i) Memohon Pas Khas kali kedua sementara menunggu keputusan daripada Imigresen.

(ii) Menunggu keputusan terhadap proses pendaftaran syarikat secara dalam talian.


(iii) Menunggu urusan naziran selesai dilaksanakan oleh Imigresen.

Menurutna, pihak syarikat dikehendaki membawa surat Akuan Penerimaan yang dikeluarkan oleh Imigresen bagi mendapatkan Gratis berkenaan di pejabat Imigresen.

“Tempoh moratorium ini tidak terpakai bagi sebab-sebab selain di perenggan 2 di atas. Maklumat lanjut boleh disemak di laman web www.imi.gov.my atau www.esd.imi.gov.my,” katanya. – mynewshub.cc

Video:Imigresen Putrajaya Cekup Tukang Urut Bogel

https://www.youtube.com/watch?v=HBu4885kNec

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori