Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Lelaki Imigran Diajar Cara...

HORST Wenzel, bukan asing lagi di Jerman dan dikenali sebagai 'jurulatih’ kepada kaum...

Berjuta Labah-Labah Jatuh, Hujani...

NGERI..itulah perasaan yang dapat digambarkan oleh penduduk di pekan kecil di Australia selepas...

Peniaga Di Kawasan Banjir...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 987 produk makanan yang telah tamat...

Lihat Bantuan Mara Dalam...

BERA - Skop serta objektif bantuan yang disediakan Majlis Amanah Rakyat (Mara) kepada...

Elizabeth Tan 100 Peratus ‘Anak Cina’ Tapi Tak Faham Mandarin

PENYANYI yang bakatnya dicungkil menerusi laman perkongsian video Youtube, Elizabeth Tan menyatakan hasrat mahu berduet dengan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna.

Selain itu, Elizabeth turut berminat untuk melakukan kolaborasi dengan Amir Jahari yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9).

Elizabeth, 22, mengidolakan Yuna yang dilihatnya sebagai contoh untuk berjaya sehingga mampu mencipta nama sampai ke negara Uncle Sam.

“Saya sangat teringin nak berduet dengan Yuna dan juga Amir Jahari, kerana kedua-duanya berbakat besar dan saya sentiasa kagum dengan bakat mereka,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran produk penjagaan wajah Magic Red di Cyberjaya, pada Selasa.

magic

Satu fakta menarik mengenai Elizabeth, walaupun berketurunan Cina namun dia mengakui langsung tidak boleh bertutur dan memahami bahasa Mandarin.

“Saya tiada darah kacukan dan memang 100 peratus Cina, namun tidak memahami dan tidak boleh bertutur dalam bahasa Cina. Ini kerana di rumah kami berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.


“Untuk menerbitkan album bahasa Cina, mungkin saya perlu menghadiri kelas Mandarin terlebih dahulu untuk merealisasikan hasrat itu,” katanya yang kini semakin popular dengan lagu Knock Knock.

Selepas Knock Knock, single terbaharu gadis manis kelahiran Kuala Lumpur ini bakal dilancarkan pada Mei hadapan.

Elizabeth merupakan artis di bawah naungan syarikat milik Faizal Tahir, Faithful Music bersama-sama penyanyi dari Brunei, Aziz Harun dan juga Hani Soraya yang popular dengan lagu Hujung Dunia.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori